CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mesej Hafreez Adam Pun Tak Berbalas Sejak November 2022, Kehilangan Azar Azmi Kekal Misteri

3-1-2024 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25491| Komen: 110

Kehilangan pelakon Azar Azmi yang lenyap daripada radar dunia seni terus menjadi tanda tanya ramai termasuk dalam kalangan rakan dalam industri lakonan.

Sebagai individu pernah rapat dengan Azar, aktor Hafreez Adam juga sudah tidak lagi mendengar khabar daripadanya selepas kali terakhir berhubung pada September 2021.


Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, berkata, mereka pernah dalam fasa mengenali hati budi masing-masing namun hubungan itu tidak bertahan lama.

Foto: mStar

"Kami pernah keluar bersama sebelum ini namun tidak meletakkan sebarang status, hanya sekadar fasa kenal hati budi. Bagaimanapun sekitar Julai 2021 kami mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

"Kali terakhir kami bertemu sekitar September tahun sama sebelum dia terus hilang sehingga kini.

"Saya pernah hantar mesej kepadanya pada November 2022 apabila produksi cuba mencarinya namun mesej tersebut tidak dibalas," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.


Dalam pada itu, usaha menjejaki Azar melalui keluarganya juga tidak berjaya malam pengurusnya sendiri tidak mengetahui keberadaan pelakon itu ketika ini.

Malah kata Hafreez, pelakon Janna Nick memberitahu Azar pernah menghantar mesej ternampak dia sedang bersenam namun enggan bertemu.

"Ada peminat pernah mesej saya kata ternampak Azar dekat stadium.

"Sebelum ini Janna ada beritahu dia dapat mesej daripada Azar beritahu dia ternampak Janna sedang berjoging tapi dia enggan bertemu.

"Saya tahu tentang keluarganya tetapi tidak ada nombor untuk dihubungi," katanya.

Menyifatkan Azar sebagai individu yang ceria, Hafreez yakin aktres itu ada alasan tersendiri mengambil jalan menghilangkan diri.

"Dia seorang yang ceria dan mungkin ada sesuatu yang disembunyikan. Mungkin dia perlu ruang untuk diri sendiri. Kita sendiri pun tidak tahu apa yang dia lalui.

"Kalau boleh maklumkan pada seseorang sekurang-kurangnya dia dalam keadaan baik. Saya mahu dia tahu bahawa ramai orang sayangkan dia," jelasnya.

Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 39, merupakan bekas peserta program Dewi Remaja 2009/10 dan pernah membintangi drama seperti Nur, Pujaan Hati Kanda dan Suri Hati Mr Pilot.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-1-2024 03:54 PM
Ada masalah mental ke? Jgn main2.


Quote Lavender_Violet 3-1-2024 03:56 PM
Sheols dah kahwin lah & dah beranak
Sekarang kat Segamat sana buat bisnes
Balik kampung & x nak terlibat dgn industri lagi dah
Begitu yg meols baca dekat X
Of course lah message ko tak berbalas Hafreez...member dah ada laki
Quote Rogue98 3-1-2024 03:59 PM
Huh..dia 39 tahun ke? Mcm 20s jer.
Hope she ok. Mcm takde kawan jer sbb artis2 pun tak bersungguh nak find out pasal dia.
The only drama dia yg aku tengok is Surihati Pilot...dia jer character yg aku suka tengok. Sweet jer. Tapi masa tu mak dia pass away kan.
Quote sharlenetexas 3-1-2024 03:59 PM
Rogue98 replied at 3-1-2024 03:59 PM
Huh..dia 39 tahun ke? Mcm 20s jer.
Hope she ok. Mcm takde kawan jer sbb artis2 pun tak bersungguh na ...

Suka tgk sheols shmp. Nmpk urban.


Quote I.K.A888990 3-1-2024 04:04 PM
oh dia dah kawen ke
dgn siapa?
kalau mmg dia nak menyepi tak nak berlakon lagi so biar je laaaaa.
Quote ezacbee 3-1-2024 04:13 PM
Dia block ko tu aprizz..

Biarlah dia nak hilang ke apa..

Quote menjad 3-1-2024 04:17 PM
Ramai kata dah kawen dan da ada anak

Orang tuh nak jadi.rakyat biasa jer tak.apyah lah dikacau hidup yang harmoni tuh
Quote chinta89 3-1-2024 04:19 PM
Lavender_Violet replied at 3-1-2024 03:56 PM
Sheols dah kahwin lah & dah beranak
Sekarang kat Segamat sana buat bisnes
Balik kampung & x nak terl ...

siyes la dia dah kawin?

ku ingat dia hilangkan diri lps kecewa dengan ex-mawar
Quote eyansss 3-1-2024 04:23 PM
jap jap...  kenapa tetiba nama minah ni disebut2 dua tiga hari ni?  ada apa2 yang trigger ke?
Quote prince_marhaen 3-1-2024 04:32 PM
ponen nonok ni ngan semua pelakon pompuan dia nak feeling2... acah2 jantan sangat semua isu pompuan nak kait ngan dia.. hujung2 hanyalah sisterssssssssssssssss.... dasar bapok binatang!!!
Quote cikatilia 3-1-2024 04:33 PM
aku suka tgk dia berlakon
nampak brutal and berani

and lawa sgt
xpela moved on aje la mat oi
Quote MeowPARSI 3-1-2024 04:38 PM
Haha kepoh beria cari si azar watpe,, dia dah ada life dia sendiri aman aman je..
Quote Lavender_Violet 3-1-2024 04:38 PM
chinta89 replied at 3-1-2024 04:19 PM
siyes la dia dah kawin?

ku ingat dia hilangkan diri lps kecewa dengan ex-mawar

Mungkin lah jugak
Tu yang bawak diri balik kampung
Pas tu kat kampung jumpa yg berkenan kat hati, terus kawin lah dianya
Pas tu dah ada anak pulak, sibuk jaga anak, sibuk buat bisnes, nak jaga laki lagi
Laki pulak tak suka sheols kembali aktif
Makanya dia ambik keputusan nak jadi marhaen sajork
Gitu meols meng-assume kisah hidup sheols berdasarkan komen2 di X
Quote lifeline 3-1-2024 04:40 PM
Rogue98 replied at 3-1-2024 03:59 PM
Huh..dia 39 tahun ke? Mcm 20s jer.
Hope she ok. Mcm takde kawan jer sbb artis2 pun tak bersungguh na ...

mcm sedih jugak kan dia ni tp suka tgk dia berlakon

mula mak mak meninggal
xlama lepas tu ayah pulak kan ninggal?

pastu rapat dgn fizo
tup tup fizo kawin lain

pastu terus menghilangkan diri

aish apa khabar la eh dia skrng
Quote Rogue98 3-1-2024 05:01 PM
lifeline replied at 3-1-2024 04:40 PM
mcm sedih jugak kan dia ni tp suka tgk dia berlakon

mula mak mak meninggal

Oh both parents dah meninggal...sedihnye...masa mak dia meninggal tu masa shmp aku tertunggu2 jugak jahlop wish apa2 kat dia tapi mcm tak di acknowledge langsung....hope dia happy skrg kalau betul dah kahwin n ada anak.
Quote Rogue98 3-1-2024 05:02 PM
sharlenetexas replied at 3-1-2024 03:59 PM
Suka tgk sheols shmp. Nmpk urban.

Haah...and jenis humble...takde nak overshadow sape..
Quote MeowPARSI 3-1-2024 05:17 PM
Anyway,, aku rasa azar buat keputusan bijak juger utk jauh kan terus dr dunia retis ni,, bagus utk kesihatan dia dan sekeluarga.. Knowing Malaysian,, bnyk yg suka kecam je tnapa rasa belas ehsan,, semua bende serba tak kena.. Yg herlok pun kdg kene kecam bertingkat2,,
Quote Pujangga22 3-1-2024 05:26 PM
azar ni lawa...berlakon pun best..takpe lah asal bahagia..asal bukan kes org hilang sudah
Quote Fly_over 3-1-2024 05:28 PM
iols salute la kalau betul sheols senyap2 je undur diri bersara jd retis. buat bisnis pn xpakai tiket retis. dr retis2 yg announce konon2 gitu gini last2 mencapap merata jugeks…

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.123467 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top