CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perodua Myvi Lawan Arus Sebabkan Kemalangan

1-1-2024 10:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 24476| Komen: 5

Johor Bahru: Perodua Myvi yang dipandu memandu lawan arus di Kilometer 2.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini, tengah malam tadi mengakibatkan empat lagi kenderaan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada 12.30 malam apabila kereta dipandu lelaki 20 tahun itu berada di lorong kanan secara melawan arus.

Gambar hiasan

Katanya, pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu lelaki berumur 40 tahun dari arah utara yang menghala ke pusat bandar, cuba mengelak kereta itu yang mengakibatkannya terbalik di tengah jalan.

"Selepas itu, kereta Honda City, Toyota Vios dan Audi A3 yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak serta melanggar dua kenderaan terbabit.

"Pelanggaran menyebabkan pemandu Perodua Myvi parah dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurut Raub, pemandu dan penumpang kenderaan lain hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 3-1-2024 12:42 PM
Hah bagos!! Bagos kau yg parah. Semoga kau mampos cepat. Or, kalau umur kau panjang, kau mengalami sakit yg berpanjangan. Benci betul aku manusia sial mcm ni. Pandu lawan arus nenek kau! Kenapa lah bukan lori 8 tayar yg hentam kau??
Quote JunkMail 3-1-2024 12:45 PM
Mampos je lah...senang. umur pun baru 20 tahun takde impact teruk pun kalau mati.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:09 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:09 PM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.058191 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top