CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Pukul Majikan Guna Tukul, Berang Kena Marah Sebab Kerja Tak Siap

1-1-2024 07:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 26785| Komen: 18

Melaka: Tidak tahan sering dimarahi kerana gagal menyiapkan kerja, seorang buruh ladang sawit warga Indonesia bertindak kejam memukul majikannya dengan tukul hingga mati, minggu lalu.

Mangsa, Ong Kok Kim, 71, yang juga mualaf dipercayai dibunuh pada 22 Disember lalu, kira-kira 12.30 tengah hari sebelum mayatnya ditemukan disorok di sebuah pondok kebun sawit di Paya Rumput Jaya di sini.


KEADAAN pondok lelaki warga emas dipercayai di bunuh pekerjanya. FOTO Ihsan Polis

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan dibuat anak lelaki mangsa berusia 39 tahun pada 2.48 petang Jumaat lalu selepas gagal menghubungi mangsa sejak 22 Disember.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis ke lokasi kejadian pada Sabtu lalu, kira-kira 1.20 tengah hari sebelum menemukan mayat mangsa di pondok berkenaan.


Katanya, hasil siasatan, polis menyerbu sebuah rumah di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor dan menangkap suspek pada 30 Disember lalu, kira-kira 4 petang.

"Suspek mengaku membunuh mangsa sebelum melarikan diri. Suspek mengambil barangan peribadi mangsa kemudian memandu kenderaan Ford Ranger milik lelaki itu dan menjual telefon bimbitnya.

"Kenderaan mangsa ditinggalkan di Rembau akibat kehabisan minyak. Suspek kemudiannya ke Klang dan bersembunyi di rumah rakannya sebelum ditahan polis," katanya.

Katanya, polis merampas pelbagai barangan termasuk dompet mangsa daripada suspek mengandungi kad bank, telefon bimbit, tukul besi dan kunci Ford Ranger.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman tujuh hari di lokap Balai Polis Melaka Tengah," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 1-1-2024 07:53 PM
warga asing RAJIN TUKULKAN KAPLA MAJIKAN VS warga tempatan malas...cabut/lari...camtu jer.
Quote SalenaGomez 1-1-2024 08:06 PM
Pelik …dah lari sampai rembau. Pastu patah balik ke klang. Atau saje nak kelirukan polis konon dia dah lari sampai rembau dan dah xde kat klang…hurmmmm. Kira power juga polis dpt jejak juga kat klang
Quote felinecat 1-1-2024 08:10 PM
SalenaGomez replied at 1-1-2024 08:06 PM
Pelik …dah lari sampai rembau. Pastu patah balik ke klang. Atau saje nak kelirukan polis konon dia  ...

Die ade ambil kd mangsa kan. Jahat betul, pg pukul kepala org tu, dh la pemalas keje xsiap2, siapa pon akan marah. Padan muke kene tangkap
Quote SalenaGomez 1-1-2024 08:12 PM
felinecat replied at 1-1-2024 08:10 PM
Die ade ambil kd mangsa kan. Jahat betul, pg pukul kepala org tu, dh la pemalas keje xsiap2, siapa ...

Itulah, siap bunuh lagi. Bahaya org mcm ni. Kalau dah getam sgt, boleh je larikan diri kan. Xperlu level bunuh2 ni
Quote little_sis 1-1-2024 08:28 PM
Jahatnya, dah le keje tak siap, bos marah boleh pulak gi bunuh bos tu, dah tu pegi amik barang orang yg dibunuh tu pulak. Moga dapat balasan setimpal
Quote Samerosie 1-1-2024 09:01 PM
SalenaGomez replied at 1-1-2024 08:06 PM
Pelik …dah lari sampai rembau. Pastu patah balik ke klang. Atau saje nak kelirukan polis konon dia  ...

Dia x masuk lagi selangor keta dah habis minyak kat rembau tu yg tinggalkan situ. Kemudian baru lari ke klang rumah kawan dia tu.  Mungkin dia ikit hiway pedas linggi.
Quote SalenaGomez 1-1-2024 09:04 PM
Samerosie replied at 1-1-2024 09:01 PM
Dia x masuk lagi selangor keta dah habis minyak kat rembau tu yg tinggalkan situ. Kemudian baru la ...

Tq sis …SG salah baca. Ingat kan dia dr klang, pastu druve ke rembau. Rupanya lari dr melaka
Quote Samerosie 1-1-2024 09:10 PM
SalenaGomez replied at 1-1-2024 09:04 PM
Tq sis …SG salah baca. Ingat kan dia dr klang, pastu druve ke rembau. Rupanya lari dr melaka

Hehe no worries. Tapi kira mcm u ckp la kan terror polis kita traced dia sampai klang tu. Mana satu rumah semua kan.
Quote Carcosa 2-1-2024 12:38 AM
Entah2 orgtua tu tak marah pon ngko. Kalau kau just hangin orgtua tu dok mekak2, apsal ngko rembat sekali brg2 peribadi orgtua tu? Bunuh sebab marah, then blah lah. Ni kau siap rembat kereta orgtua tu.
Yindog ni bkn boleh percaya sgt. Kat mata diorang, duit je dia nmpk. Perikemanusiaan mmg takde. Tah2 mmg nak merampok sambil nak healing dgn kekawan dia dkt Klang
Quote dani-rox 2-1-2024 01:19 PM
Suspek mengaku membunuh mangsa sebelum melarikan diri. Suspek mengambil barangan peribadi mangsa kemudian memandu kenderaan Ford Ranger milik lelaki itu dan menjual telefon bimbitnya.


sebijik mcm kes laki bini indon yg cangkul kepala majikan tu kan. bila kena tangkap, bg alasan kena dera dek nyonya tua tu.
Quote B40tastePosh 2-1-2024 01:27 PM
Melakau lahabau kau kepalau kenau palau.
Quote AbukRokok 2-1-2024 03:44 PM
suka ambil pati.. pati dah bosan ada peluang lain pati cabut buka bisnis
majikan cari lagi pati.. ulang2 ulang
tapi ingat dorang bukannya robot lagi indon yg ada sejarah xterlalu lama bab menakik org... u langsi u mati.... walaupun dah masuk islam.
Quote jazaa100 2-1-2024 04:47 PM
SalenaGomez replied at 1-1-2024 08:06 PM
Pelik …dah lari sampai rembau. Pastu patah balik ke klang. Atau saje nak kelirukan polis konon dia  ...

Dia dari melaka.....
Nak ke klang le tu....minyak hbis kat rembau....
Nasib baik tak sempat balik indon....
Quote cashewnut 2-1-2024 05:53 PM
jangan le caya dengan indon. Penipu cunning some more, sanggup tukor ugama pun depa ni, berlaki banyak, yang baik boleh kira 1/10. Kalu tak caya, dengo je pepatah depa hari ini mau makan siapa??? Itu kalu kat indon le. Kalu kat sini ingat depa ni pi sini dada kosong ke??
Quote gideoncross 5-1-2024 01:38 PM
SalenaGomez replied at 1-1-2024 08:12 PM
Itulah, siap bunuh lagi. Bahaya org mcm ni. Kalau dah getam sgt, boleh je larikan diri kan. Xperlu ...

Yindon kalau dh marah, level mrah dorg lain dari org biasa. Kat TT pun ada news cmni, marah kat majikan pstu majikan d pancung
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:09 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:10 PM

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.078729 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top