CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen Lagi Kacak Daripada Jin Bts, Kedudukan Anna Jobling Naik Mendadak Senarai 100 Selebriti Kacak Dan Jelita 2023

1-1-2024 03:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 34353| Komen: 35

Pelakon Anna Jobling dan Meerqeen sekali lagi tersenarai sebagai 100 selebriti berwajah kacak dan jelita oleh TC Candler buat dua tahun berturut-turut.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, menduduki kedudukan ke-66 dalam senarai Wanita Paling Jelita 2023 sekali gus menaiki 18 anak tangga berbanding tahun sebelumnya.



Manakala Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, pula jatuh tujuh anak tangga dan berada pada kedudukan ke-62 bagi kategori lelaki.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon Melur Untuk Firdaus itu berjaya menewaskan kedudukan beberapa nama besar termasuk bekas pemain bola sepak David Beckham ditempat ke-68 dan Jin kumpulan BTS (67).

Aktres itu pula mendahului nama besar aktres terkenal Hollywood termasuk Margot Robbie yang berada ditempat ke-90 dan Emma Watson (83).

Sementara itu, Lelaki Paling Kacak 2023 disandang oleh Timothee Chalamet manakala bagi kategori wanita pula milik penyanyi dan pelakon Nancy Jewel McDonie.


Kedua-dua pelakon itu juga menjadi satu-satunya artis Malaysia yang lolos dalam senarai tersebut dan diumumkan menerusi laman web rasmi TC Candler pada 28 Disember lalu.

Untuk rekod, anggota kumpulan Dolla iaitu Tabbu menjadi wakil tunggal Malaysia dalam senarai itu pada 2021 manakala Mira Filzah dan Fattah Amin pula tersenarai pada 2020.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binderclips 1-1-2024 04:31 PM
Edited by Binderclips at 1-1-2024 04:33 PM

Kes anna, mesti bapak gula vote byk giler kat tc candler sbb tu naik mendadak. Manakala, meerqeen jatuh sbb berubah menjd muka awam skrg.
Quote honeybee1802 1-1-2024 05:07 PM
So no 1 saper?
Quote anony-mous 1-1-2024 05:35 PM
Aiyo tgk result no 1 si timothy tu dah tau xboleh pakai punya result
Quote sarah_ary2 1-1-2024 05:38 PM
Merqeen lagi kacak dr Jin? pfttt BTW No 1 Timothy Chalamet untuk lelaki yg perempuan Nancy group Momoland
Quote September14 1-1-2024 05:49 PM
Tc ni xleh pkai lah… klu vouge atau people bolehla ko nk bangga
Quote Thunderclouds 1-1-2024 05:56 PM
Yg voted ni rata² bbnu la gamaknya.
Nengok ja yg no 1 laki pompuan tu sapa.
Oh well..
Quote Tunakimchi 1-1-2024 06:12 PM
Binderclips replied at 1-1-2024 04:31 PM
Kes anna, mesti bapak gula vote byk giler kat tc candler sbb tu naik mendadak. Manakala, meerqeen ja ...

Masih dengan bapa gula ke? Ingatkan dah putus sbb dah dapat byk job kan sekarang? Hehe Yg votes ni tengok gigi jongang anna ni tu yg berkenan kot.
Quote Minyakyuyi 1-1-2024 06:30 PM
anony-mous replied at 1-1-2024 05:35 PM
Aiyo tgk result no 1 si timothy tu dah tau xboleh pakai punya result

Pakwe kylie jener tu kan..
Quote anony-mous 1-1-2024 07:31 PM
Minyakyuyi replied at 1-1-2024 06:30 PM
Pakwe kylie jener tu kan..

Ye. And willy wonka yg latest
Quote MistrezHermanaz 1-1-2024 08:10 PM
Suka Nancy tu mmg cantik.. Mmg dh lama suka tgk muka Nancy tu.. Lelain tu x sure
Quote makadek 1-1-2024 09:02 PM
Gelang mcm aku pnya je
Quote missyL 1-1-2024 10:27 PM
Timothee no 1 hahahahaha
Mmg xleh pakai
Quote Madel 1-1-2024 10:32 PM
Untuk tahun 2024 boleh list kan budak Jojo Johan Ghazali muay thai tu.
Budak tu pun boleh tahan herlok rupa paras.
Quote ohsoyaya 2-1-2024 12:01 AM
Timothee? Euwwww
Quote dani-rox 2-1-2024 12:15 AM
Timothee Chalamet? Yg acik2 bawang international kata seropa hantu budak yg mati sakit TB di zaman victorian?
Quote adizero11 2-1-2024 10:12 AM
Anna Jobling ni kalau tengok lama2 mcm iras Mona fendi
Quote jemahjacjon 2-1-2024 10:14 AM
anony-mous replied at 1-1-2024 05:35 PM
Aiyo tgk result no 1 si timothy tu dah tau xboleh pakai punya result

Hahahha btoll. Terus layak di who are yus kan aje list ni.

Nk muntah h
Quote jemahjacjon 2-1-2024 10:15 AM
Melayu rupanya beliau. Igtkan keli ng

Tgok berlakon rimah wehh. Dok control je tak habis.
Quote fido_dido 2-1-2024 03:48 PM
timothee no 1?? hahahaha

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.088041 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top