CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Juara Hero Remaja 2023 Dedah Ketinggian Jadi Bahan Ejekan, 170cm Dianggap Tak Sesuai Jadi Pelakon

30-12-2023 04:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 27| Komen: 8

Juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer mendedahkan dia pernah menerima persepsi tidak baik daripada segelintir pihak mengenai ketinggiannya.


Ameer atau nama lengkapnya Che Aiman Ameer Che Kamarudin berkata persepsi tersebut bagaimanapun tidak menghalang dirinya untuk mengejar impian bergelar seorang pelakon.



Jelas Ameer, tiada perkara yang mustahil jika dilakukan dengan minat dan kesungguhan. 


"Persepsi begini (kurang ketinggian) banyak kali saya hadap. Sejujurnya kalau suatu ketika dahulu mungkin saya akan terasa bila lihat orang lain lebih tinggi.


"Tetapi bila fikir balik, ada sahaja pelakon terkenal seperti Tom Cruise, Jackie Chan dan ramai lagi sebenarnya ‘made it to international’ ke tahap Holllywood.


"Saya percaya dan yakin tiada yang mustahil. Ramai sahaja pelakon yang tidak begitu tinggi. Lagipun saya tidaklah rendah sangat dan tidaklah tinggi sangat, tinggi saya 170cm," katanya.



Ameer berkata demikikan ketika ditemui pada sidang Final HeroDewi Remaja 2023 yang berlangsung di CIDB, Cheras pada Jumaat.


Dalam pada itu, jejaka berusia 23 tahun itu berkata ketinggianya pernah dijadikan bahan ejekan.


"Pernah jadi bahan kawan-kawan, tapi saya tidak pernah ambil hati atau terasa. Saya anggap semua ada kelebihan sendiri, mungkin orang persendakan saya sebab mereka dengki atau cemburu.


"Saya selalu pegang, bila orang bagi kita sampah, kita jangan ambil sampah itu, kita balas cakap ‘terima kasih’.


"Ejekkan itu tidak halang untuk saya mencapai cita-cita yang diimpikan," katanya lagi.


Terdahulu, Ameer dinobatkan sebagai Hero Remaja 2023 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta selempang. Manakala Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh gadis kelahiran Sarawak iaitu Nurel.



Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 3-1-2024 03:45 PM
Selalu yg katik ni kontol dia gedang.. ekekekek euwww
Quote prince_marhaen 2-1-2024 10:52 AM
Perawankota: Kenapa aku rasa mcm dia x sampai 170 pon
Kannnnn??? macam lagi katek je... sebab ngan dewi lain macam lagi katek je... ke 160??
Quote adizero11 2-1-2024 10:24 AM
dalam tv org tak nmpk pun kau tinggi atau rendah..yg org nak kualiti dan bakat dik..kalau tinggi tp kayu x boleh jugak..
Quote imanamsyar 2-1-2024 09:06 AM
sepintas lalu, feature muka dia ada mcm bamtah..jenis tulang pipi tinggi dan pipi tirus..
cuma 170cm untuk lelaki adalah kategori katek ya tuan2..
jangan compare dgn pompuan..pompuan tinggi gitu blh join modelling dah.
170cm lelaki, bila u berdiri dgn lelaki2 asia normal, u akan nampak rendang xberbuah disitu..
Quote missyL 31-12-2023 06:38 PM
170 klo lelaki mmg nmpk rendah.
Klo perempuan tinggi hahahha
Quote SalenaGomez 31-12-2023 01:16 PM
Rupa ada iras ashraf muslim
Quote lightheaded67 31-12-2023 08:36 AM
bior jelah takat mulut. tak kalah dek kalau lawan mulut ni, sbb ramai org takleh carry pun kata masing2. ckp kulu kilir acah2 rupanya miang. entah2 jebon tu tacing aje sbb dia pendek. haha
Quote Perawankota 31-12-2023 01:33 AM
Kenapa aku rasa mcm dia x sampai 170 pon

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.043808 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top