Isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah mengimbau kembali momen ketika awal pertemuan bersama ibu mentuanya, Salamiah Jalani. Menerusi perkongsian di Instagram, Watie menceritakan kembali satu kejadian lucu saat dia sedang menyiang ikan sepat sehingga membuatkan dirinya tidak sengaja mencarut.
Dek kerana kejadian tersebut, Watie berterus terang kepada ibu Shuib mengenai dirinya yang hanya mengenali beberapa jenis ikan dan tidak tahu kerja-kerja menyiang. “Kita pun masa mula-mula jumpa ibu mentua tengah siang ikan sepat, ikan tu boleh melompat. Aku siap termencarut lagi. “Sudahnya kita terus terang je, segala jenis ikan pun kita tak kenal sangat… Jadi siang ikan sepat tu memang tak pernah lah sebab selalu makan ayam ayam dan daging je,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Watie berkata ibu mentuanya itu tidak cepat melatah, sebaliknya sangat bersikap terbuka setelah dia berterus terang tentang perkara berkenaan. “Terus ibu mentua cakap, ‘tak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat panddai’.. sudahnya semua benda aku cakap aku bodoh. “Alhamdulillah, selamat dah diterima sebagai menantu,” ujarnya lagi.
|
yatie86 replied at 28-12-2023 06:25 AM
Dh lama xnmpk adik watie yg intan to.ig pn dh xde.
yatie86 replied at 28-12-2023 06:25 AM
Dh lama xnmpk adik watie yg intan to.ig pn dh xde.
ADVERTISEMENT