Hubungan di antara kedua-dua artis terkenal, Puteri Sarah Liyana dan Andi Arsyil bukan lagi sesuatu yang baru memandangkan mereka berdua sering terlihat bersama di media sosial dan di tempat awam.
Disebabkan mereka merupakan rakan bisnes yang sama-sama berniaga melalui siaran langsung di TikTok, sejak kebelakangan ini, warganet sering dapat melihat perilaku mesra mereka yang kelihatan lebih dari seorang sahabat. Hari demi hari, netizen mula berasa tidak selesa melihat keakraban mereka setiap kali mereka live bersama. Ada yang percaya itu hanyalah gimik bagi menarik lebih ramai penonton untuk melihat siaran langsung mereka, namun hal tersebut tetap meninggalkan rasa rimas pada orang ramai. "Jagalah adab sebagai wanita, jangan terlalu mesra risau timbul fitnah." Kalau benar ada hubungan istimewa, segeralah dihalalkan. Jangan biar lama-lama, tak manis orang kata," kata netizen. Pada masa yang sama, ramai juga yang turut menasihati mereka berdua agar mempercepat pernikahan mereka sekiranya benar-benar serius untuk mengelakkan sebarang persepsi buruk terhadap Sarah yang sudah mempunyai anak itu. Sumber: Beautifulnara
|
HoneyManjer replied at 26-12-2023 12:05 PM
aku da setaon cerai
takde yang berator pon...hahahahahhahahahahahahahdoi
likilu replied at 26-12-2023 12:26 PM
U xnak contohi xila
Malam malam ajak jantan masuk rumah 'live buat bisnes' katanya
asma87 replied at 26-12-2023 01:47 PM
Ps ko kalau nk jadi sweetheart ummah meleiss, ko kena ikut tingkah laku Nana sendayan. Haa..tengok b ...
Manusiabesa replied at 26-12-2023 11:47 AM
Plus, ps ni gedik2 dia pun sbb skrg dia solo ranger.bkn bini sapa2. So sukati dia nk gedik dgn sapa ...
ADVERTISEMENT