Jakarta: Seorang warga emas di Indonesia terbunuh selepas menantu lelakinya nekad membakar rumah mereka kerana berang isterinya meminta cerai, lapor laman berita Kompas. Ketua polis daerah Kalideres, Abdul Jana berkata, kebakaran itu turut menyebabkan dua lagi mangsa termasuk isteri suspek, melecur teruk.
“Dalam kebakaran itu, mentua suspek bernama SH, 70, meninggal dunia akibat melecur teruk,” kata Abdul. Menurutnya, suspek yang dikenali sebagai RH, 50, gagal mengawal perasaan selepas isterinya meminta cerai. Dia kemudian membakar rumah mereka sehingga hangus dijilat api. Akibat kejadian itu, hampir 58 peratus badan suspek melecur, manakala isterinya melecur 45 peratus. Suspek dan mangsa masih menjalani rawatan di Hospital Besar Daerah Cengkerang. Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT