Ayda Jebat mahu mencabar dirinya untuk kembali kurus dalam tempoh 30 hari selepas melahirkan anak keduanya. Di Instagram, Ayda berkata dia ingin kembalikan berat badannya sebelum hamil anak kedua iaitu sekitar 46 kilogram.
"Nak buat cabaran kurus dalam masa 30 hari! Berat saya sebelum mengandung anak kedua adalah 43kg. Kali terakhir timbang sebelum beranak adalah 55kg. "Cabaran untuk diri sendiri dalam masa 30 hari nak dapat balik 46kg, boleh tak agaknya?"
Dalam perkongsian sama, Ayda turut memuat naik sekeping foto dipercayai keadaannya sebelum hamil cahaya mata kedua. Ayda berkata doktor menasihatinya agar tidak terlalu memilih makanan sewaktu sedang berpantang.
"Doktor dah pesan makan jangan pantang sangat, janji makan semua yang berkhasiat." "Jangan tak makan sebab nak kurus! Kalau tak makan nanti tiada tenaga nak recover lagi and susu akan kurang. Boleh ke ni, nanti saya update. Mampu ke tak nak kurus."
Pada 12 Disember lalu, Ayda memaklumkam sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aali Mateen. Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|