CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

India Dipaksa Makan Daging Lembu, Melayu Dipaksa Makan Babi

22-12-2023 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10678| Komen: 29

Sepang: Dipaksa makan daging babi sekali sehari oleh dalang sindiket pemerdagangan manusia berpangkalan di Laos.

Itu nasib menimpa lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa menjadi 'scammer' sebuah syarikat di Laos sebelum berjaya dibawa pulang ke tanah air tadi,


Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) jam 10 pagi menaiki pesawat Air Asia dari Vientiane, Laos ke Chiang Mai, Thailand dan kemudian ke KLIA 2.


Foto: Harian Metro

Mangsa, K Khirubhananthan, 25, berkata, dia dan empat rakannya, K Khirubhakaran, 25, T Thinagaran, 35, Farhana Mohd Zainal Abdain, 26 dan Muhammad Amirrul Nor Azman, 26, pada awalnya ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam talian di Laos oleh dua individu dikenali sebagai Andy dan Sam.

Katanya, dua individu terbabit menawarkan gaji sebanyak RM6,000 sebulan kepada mereka dan akan menyediakan kemudahan kediaman sekiranya bekerja di sebuah syarikat swasta di Laos.


"Selepas sampai di Laos, mereka membawa kami ke suatu tempat dan dipaksa bekerja selama dua minggu sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam talian.

"Kemudian kami dipindahkan ke sebuah rumah sebelum kami dijual kepada warga China dan Taiwan.

"Kami dikurung di rumah berkenaan. Pada masa yang sama, kami yang berbangsa India dipaksa untuk makan daging lembu, manakala rakan yang berbangsa Melayu dipaksa makan daging babi sehari sekali," katanya ketika ditemui di balai ketibaan KLIA 2 di sini.

Menurut Khirubhananthan, sindiket berkenaan juga mengugut akan melakukan renjatan elektrik dan mahu mematahkan kaki mereka sekiranya tidak mengikut arahan diarahkan.

"Sindiket berkenaan turut merampas telefon bimbit dan pasport kami menyebabkan kami terputus hubungan dan tidak dapat bergerak ke mana-mana.

"Kemudian kami terpaksa meminta pertolongan daripada warga Laos dengan meminjam telefon bimbit untuk menghubungi pihak yang boleh membantu kami melepaskan diri dari sindiket berkenaan.

"Kami berjaya menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan pegawainya untuk datang menyelamatkan kami," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati sekiranya ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan terutamanya di dalam talian supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau pemerdagangan manusia.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-12-2023 03:13 PM
negara laos sendiri mundur x boleh pikiaq kaaa???
Quote Skuau 22-12-2023 03:16 PM
Edited by Skuau at 22-12-2023 03:18 PM

"saiya suka apa buat sini Malezia tada dia worang paksa makan babi,lombu...I lap ini Malezia negara"-Abangla,indon,india(sana),sri lanka dll....worang la.
                           
                              
                           
Quote jazaa100 22-12-2023 03:18 PM
Tak simpati....
Telend, laos, biatnam tu semua mundur & susah, korang nk cari keja kat sana...
Otak mana...otak
Quote Skuau 22-12-2023 03:19 PM
jazaa100 replied at 22-12-2023 03:18 PM
Tak simpati....
Telend, laos, biatnam tu semua mundur & susah, korang nk cari keja kat sana...
Otak  ...

tah..cer pi indon...kalo nak rasa gaji BERJUTA.
Quote Noraniza_Iblis 22-12-2023 03:26 PM
RM6k gaji cmtu dh kate lumayan? ape ke sedihh nye idop ko dek...
lain la 10k sbulan...gamak la jugak..
Quote mojarean_X 22-12-2023 03:30 PM
Noraniza_Iblis replied at 22-12-2023 03:26 PM
RM6k gaji cmtu dh kate lumayan? ape ke sedihh nye idop ko dek...
lain la 10k sbulan...gamak la jugak ...

Yelah chuols kt sini dorang gaji minimum 1.5k je. Sape x gelap mata tetiba offer Rm6k. X semua orang kaya dan bertuah mcm acik2 porem terpaling
Quote Carcosa 22-12-2023 03:32 PM
Sorry to say lah Kak ya? Korang ni semua mmg bodoh. Takboleh pikior ke? Laos nak amek org kita kerje?? Like seriously? Engkorang ingat Laos tu Los Angeles?? LA pun tak hengen ambik org kita kerje jadi expat, Kak oiii. Face the fact laaa. Bunyik kejam, tapi It's the truth!
Yg laku jadi expat adalah kokosen, Yindian drpd Yindia sana. Tu je. Titik. Sedih kan? Tapi bukak mata, bukak minda. Mmg kita tak laku.
Lagilah Laos tu miskin amat. Motip nak hire org kita? Baik diorang kutip je org2 dia, bagi gaji lagi murah.
Korang ni semua berangan kuat. Acah2 ko lah hebat pandai ckp English, terpaling terpelajar. Yihhhh! Ujung2 dpt merasa daging babs!!
Quote cmf_almondpecan 22-12-2023 03:35 PM
mamajawie replied at 22-12-2023 03:13 PM
negara laos sendiri mundur x boleh pikiaq kaaa???

Dia ingat tawaran kerja macam expatriate kot
Quote Noraniza_Iblis 22-12-2023 03:44 PM
Noraniza_Iblis replied at 22-12-2023 03:26 PM
RM6k gaji cmtu dh kate lumayan? ape ke sedihh nye idop ko dek...
lain la 10k sbulan...gamak la jugak ...

takat 6k keje kt singapore je dh boleh dpt..
xyah gigih smpai ke Laos sne..
Quote Noraniza_Iblis 22-12-2023 03:45 PM
mojarean_X replied at 22-12-2023 03:30 PM
Yelah chuols kt sini dorang gaji minimum 1.5k je. Sape x gelap mata tetiba offer Rm6k. X semua ora ...

takat 6k keje kt singapore je dh boleh dpt..
xyah gigih smpai ke Laos sne..
Quote ultra78 22-12-2023 03:55 PM
Mereka ni dipaksa untuk scam rakyat Malaysia sendiri. Dalang sindiket ni Chinaman. Officials di Laos pula senang dirasuah. Chinaman ni sengaja cari negara lain sebab mereka takut dengan hukuman di negara sendiri
Quote Ahriman 22-12-2023 04:00 PM
Nk duet cpt.kat sini punya belambak keje.casher,runner even construction industry banyak peluang pekerjaan.korng taknak,nk keje senang.berpanas hujan skit tk mau.
Quote ayukpingu 22-12-2023 04:04 PM
scammer ni mmg suka target malaysian keje dgn depa..sebab pandai komunikasi, english terutamanya.
Quote ardent91 22-12-2023 04:04 PM
Noraniza_Iblis replied at 22-12-2023 03:26 PM
RM6k gaji cmtu dh kate lumayan? ape ke sedihh nye idop ko dek...
lain la 10k sbulan...gamak la jugak ...

sbb average malaysian punyer salary x smpai rm4k pown.. gaji kat malaysia ni rendah kot...

Quote Prickford 22-12-2023 04:33 PM
Adoiii Laos sendiri 3rd world country, lagi pegi ka nak keje sana gaji 6K. Tulah, duduk dekat Malaysia jadi pemalas. Belajar malas, kerja malas. Tau nak keje angkat tepon gaji 6K je.
Quote Decaffeinated 22-12-2023 04:46 PM
Kalau tak kena makan babi atau ugut kena karen ko pun suka ja kerja scam orang dengan gaji 6k kan? Baik mengaku.
Quote Perwira2022 22-12-2023 04:55 PM
Padan muka B40 bodo... Keje nak ringan, gaji nak besar..... Last2 kena tipu
Quote tokchik 22-12-2023 05:29 PM
AKU BACA BERITA NI AKU TERFIKIR SATU AJA, MACAM MANA MEREKA NI SANGGUP NAK KE LAOS YG DIKETAHUI MUNDUR?
SEMATA2 TAWARAN GAJI RM6000?

TAK KAN AKAL WARAS TAK MENGHALANG?
TAKKAN JUMUD SANGAT LANGSUNG TAK TAU BERITA SEMASA SESUATU NEGARA?

Quote tahanie 23-12-2023 12:00 AM
5 sekawan ni takda sorang pun boleh fikir ka

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057030 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top