Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan Restoran Hawayi di Teluk Intan tidak mempunyai sijil halal. Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata hasil semakan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk mendapati restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
Beliau berkata JAIPk tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkenaan sepanjang operasinya dan perkara itu perlu diambil berat oleh masyarakat Islam. "Saya menasihati seluruh masyarakat Islam agar berhati-hati apabila kita ke restoran dan tempat makan. "Sebagai orang Islam kita digalakkan tengok ada logo halal atau tidak," katanya ketika dihubungi hari ini. Terdahulu, isu status halal restoran terbabit hangat diperkatakan di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna Muslim lain. Malah seorang pengguna laman Facebook dengan nama Abang Ameen menyatakan hasil semakan di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiada menemukan rekod restoran terbabit mempunyai sijil halal.
Sementara itu, Harith Fadzilah berkata pihaknya turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Muslim agar tidak cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan. "Orang Islam wajib memastikan semua makanan dan minuman bersih, suci dan halal kerana ia menjadi darah daging kita. "Paling penting pastikan setiap restoran atau tempat makan itu mempunyai SPHM kerana tanda halal itu adalah jika operasi dan bahan makanan di sesebuah premis itu menepati syarat," katanya. Beliau berkata sebagai pengguna, mereka boleh membuat semakan melalui aplikasi telefon pintar dan sikap berhati-hati dalam memilih premis makanan amat wajar dilakukan kerana masyarakat Islam perlu berhati-hati dalam hal ehwal berkaitan makan serta minum selain berdasarkan hukum syarak. "Itu sebab kita galakkan kepada mana-mana pemilik restoran dan individu untuk memohon sijil halal kerana ia lebih meyakinkan masyarakat," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Rajawali replied at 22-12-2023 03:14 PM
"warung goreng pisang Kak Leha kepala simpang tu pun tak ada tanda halal"....kata Zack (nama betul Z ...
mejaputih replied at 22-12-2023 03:38 PM
haha baru nk ckp...kebanyakan restoren di luar bandar takde pun apply sijil halal....
otai_g replied at 22-12-2023 03:41 PM
Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan ...
otai_g replied at 22-12-2023 03:41 PM
Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan ...
otai_g replied at 22-12-2023 03:41 PM
Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan ...
MissVixen replied at 22-12-2023 03:57 PM
Syarikat2,franchise, kedai2 melayu, semua malas nak mintak sijil halal. Bila non muslim dah ikut pr ...
otai_g replied at 22-12-2023 03:41 PM
Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan ...
kerunai replied at 22-12-2023 04:04 PM
perak ni bukan nk kabo la tapi semua tempat mcm tu
sebab zaman tok nek dulu sebelum ada sijil halal ...
shida81 replied at 22-12-2023 07:27 PM
Ms ak kecik2 dulu asal blk kg je abah ak suka btul mkn kt kedai cina.. Abah ak ckp kedai ni dr dul ...
ADVERTISEMENT