Hubungan Marsha Milan, dengan keluarganya yang beragama Kristian tidak pernah berubah sedikitpun walaupun penyanyi itu membuat keputusan bergelar seorang muslim sejak selepas bernikah dengan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tahun 2014.
Bahkan, kasih sayang mereka begitu erat dan sama-sama meraikan perayaan seperti Hari Krismas. Tahun ini, awal-awal lagi penyanyi Sumandak Sabah itu sudah mengambil cuti dan bakal pulang ke Sabah untuk memeriahkan hari Natal bersama keluarganya pada Sabtu. Marsha masih ingat, seorang ustaz menasihatinya untuk sentiasa menjaga hubungan baik bersama keluarga. “Saya pernah bertanya kepada ustaz mengenai hukum perayaan. Nasihatnya agar sentiasa memasang niat yang baik dalam menjaga hubungan silaturrahim dengan keluarga. “Jadi, Hari Natal mahupun Aidilfitri adalah perayaan yang saya nantikan kerana itulah masanya saya pulang ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga.
|
rayna_raynes replied at 23-12-2023 03:24 PM
Eh bukan ke dulu family dia tak restu dia convert dan kahwin dgn sepol.
codenamedream replied at 23-12-2023 04:42 PM
Dulu tak restu. Hasil usaha sepol solat hajat setiap malam, mereka dah restu.
blekkep replied at 23-12-2023 05:18 PM
family sheols kristian yg mazhab xleh mkn seafood, xleh pakai earings..lupa lak name mazhab tu..
blekkep replied at 23-12-2023 05:18 PM
family sheols kristian yg mazhab xleh mkn seafood, xleh pakai earings..lupa lak name mazhab tu..
dmarinaris replied at 23-12-2023 06:13 PM
Seventh day Adventist. Boleh Makan seafood tapi kena yang bersisik. Ikan boleh, cuma kena ada sisi ...
ADVERTISEMENT