Puteri Sarah Liyana dan Andi Arsyil sering mencuri perhatian peminat apabila mereka sering melakukan sesi siaran langsung bersama bagi mempromosikan produk kecantikan mereka. Bagaimanapun, menerusi perkongsian video peminat yang tular di TikTok, aktres itu kelihatan menggigil akibat menahan marah selepas ada individu yang meninggalkan komen provokasi ketika live tersebut berlangsung.
“Toxic dah mula masuk okay… I ada mood nak bergaduh ni, siapa nak bergaduh dengan I. “Jom kita gaduh jom… suka sangat,”katanya. Bagaimanapun, Andi yang pada ketika itu bersama Sarah ketika sesi live berlangsung sempat memberikan nasihat agar dirinya tidak terpengaruh dan melayan komen negatif netizen.
“Sudah-sudah, jangan dicari (masalah). Tak perlu dibahas. “Ala, dapat pahala kamu,” kata Andi ringkas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Andi yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua cahaya mata itu. Bahkan, ramai dalam kalangan peminat yang seakan memahami situasi Sarah pada ketika itu. Sebelum ini, Puteri Sarah tampil menjelaskan hubungannya bersama Andi Arsyil Rahman Putra hanya sebagai rakan kongsi dan kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan di Malaysia termasuklah mahu meluaskan perniagaan produk kecantikan dan hijab yang diusahakan sehingga ke Singapura. Sumber: XTRA
|
she replied at 22-12-2023 07:01 PM
Andi meh kawen dengan macik lah
Kamu tak perlu tenangkan macik
Bior macik yang tenangkan jiwa kamu
ADVERTISEMENT