CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Kereta Bertembung Di Bandar Baru Klang- 2 Maut Tercampak Dalam Longkang, 5 Lagi Cedera Termasuk Bayi

22-12-2023 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11547| Komen: 3

Dua maut manakala lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru Klang, Selangor.

Kemalangan pada awal pagi Jumaat itu melibatkan tiga kereta masing-masing jenis Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry.


Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, lima anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.23 pagi.

Foto: mStar

"Pasukan Bomba daripada BBP Sungai Pinang digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Dua lelaki yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala lima lagi termasuk seorang bayi dilaporkan cedera,” ujarnya.

Kata Mukhlis lagi, kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:33 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:04 PM

Quote boo00 23-10-2024 03:55 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036416 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top