Tular status seorang peniaga sebuah gerai makanan yang mendedahkan sikap Aisar Khaleed yang mungkir janji setelah menawarkan makanan percuma kepada 500 pengikutnya di media sosial. Difahamkan, Aisar sebelum itu pernah berjanji untuk memberi 500 orang pelanggan sarapan percuma berupa roti canai dan nasi lemak di sebuah restoran yang terletak di Terengganu.
Dalam video itu, Aisar dilihat membayar sejumlah wang kepada seorang individu yang dipercayai pemilik gerai berkenaan. "Pukul 9 pagi, saya akan berada di kedai ini. Kepada 500 orang saja, makanan termasuk roti canai, nasi lemak. Mana-mana orang Terengganu, 500 orang yang terawal sahaja. Ini setahun sekali je saya buat." Tular pula selepas itu mengenai satu perkongsian Whatsapp yang mendakwa Aisar meminta untuk menangguhkan niatnya itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.
"Mintak maaf belake esok dop jadi makan Aisar Khaleed suroh tanggu dulu, sebab yee ade hal sikit." Tangkap layar status itu kemudiannya dimuat naik kembali ke aplikasi X dan menerima kecaman ramai. Sebelum ini, Aisar pernah dikritik gara-gara kandungan media sosialnya hanya bersifat meraih populariti semata-mata selain dakwaan sumber pendapatan yang dimilikinya itu berasal daripada Forex yang haram hukumnya di sisi Islam. -CARI
|
slyfynx replied at 22-12-2023 10:28 AM
Aku x salahkan mamat ni sbb die opportunist.
Aku salahkan yang sokong sbb jadi enabler.
adizero11 replied at 23-12-2023 08:29 AM
Attention seeker..dia dgn Iqbal patut duduk sekali satu rumah baru ngam..Sajat yg pondan pun xder ac ...
hasniey replied at 23-12-2023 10:12 PM
Ai tgok video yg dia ckp nk bg kereta tu.baca2 komen kesian pon ada.mcm bodoh2 follower dia ni.dah l ...
ADVERTISEMENT