LANGKAWI - Hujan lebat sejak tengah malam tadi mengakibatkan sebanyak 26 kampung di pulau ini dilanda banjir kilat. Antara kampung terlibat adalah Kampung Limbong Putra, Kampung Atas, Kampung Bawah, Kampung Titi Changkung dan Kampung Bukit Kemboja. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Che Ahmad Che Noor berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, sebanyak 60 keluarga membabitkan 152 orang dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan Menurut beliau, sebanyak 43 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan sementara Dewan Al-Syifa dan 17 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang. Katanya, terdapat empat keluarga yang enggan berpindah ke pusat pemindahan menumpang di rumah saudara mara dan dua keluarga tidak berpindah. “Setakat ini dua pusat pemindahan sementara dibuka. Bagaimanapun sekiranya tiada hujan pada malam ini, kesemua mangsa banjir ini akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya hari ini. Menurut beliau, paras air Sungai Melaka di Padang Matsirat pula naik ke paras berbahaya dengan limpahan empangan memasuki kawasan pasar awam menyebabkan pasar tidak dapat beroperasi. “Jalan besar dan Pasar Awam Padang Matsirat di sini terpaksa ditutup berikutan air dari empangan memenuhi kawasan berkenaan. Orang ramai yang melalui jalan berkenaan terpaksa berpatah balik demi keselamatan," katanya.
|
bbalik posted on 5-7-2013 07:45 AM
cash ke ansuran?
lipan_bara posted on 5-7-2013 01:43 PM
ksian kt family mak sedara aku..dh la br opening new sheley..abs dikelilingi banjir..husband plak ka ...
olaklempit posted on 5-7-2013 02:12 PM
apasal kat mana2 pun sekarang ni ada nama Kg kemboja, Pasar Kemboja?
Pasai apa ramai sangat rakyat ...
ADVERTISEMENT