Pendedahan Zoey Rahman dimalukan ketika menghadiri sebuah majlis anugerah pada Rabu lalu mengundang pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat. Ada dalam kalangan peminat melemparkan pelbagai kata-kata negatif terhadap Zoey meskipun tidak mengetahui punca sebenar kejadian menyebabkan hati pelakon itu tergores.
Menjelaskan kekeliruan itu, Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 38, berkata, dia bukan dimalukan pihak penganjur sebaliknya apa yang berlaku atas kesilapan diri sendiri. Jelas Zoey, dia tidak perasan terhadap cebisan makanan pada bahagian giginya sehingga menyebabkan foto dan video yang diambil kelihatan cacat. "Setelah enam tahun aku pakai braces, ini kali pertama aku dimalukan. Sampai hati kau gigi tidak beri kerjasama. "Paling sedih tiada siapa pun yang beritahu. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada Mikaseries," katanya.
|
cikatilia replied at 22-12-2023 09:53 AM
xde sapa plak sudi tegoq kan?
lilacomot replied at 22-12-2023 11:43 AM
sayang la muke dulu comel je...nape laaa ko p ubah...kalu xensem cm shuib tu xpe la gk nk ubah
Buritan replied at 22-12-2023 12:15 PM
Sian soeb kena lagiiii.. hahaha
tweetytweety replied at 22-12-2023 01:13 PM
kuar kt mana tu?
lain lor ruper heols sekarang.
ADVERTISEMENT