Hampir sebulan memencilkan diri, pelakon Aniq Suhair tetap tabah menempuh pelbagai ujian dengan penuh sabar. Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, berkata, setiap ujian atau pun bala dihadapiya disifatkan sebagai satu nikmat dan kelebihan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
"Mungkin bukan ujian atau bala tetapi adalah nikmat untuk aku kerana lebih mendekatkan aku dengan Tuhan," katanya. Aniq membuat luahan itu dalam satu hantaran di laman X miliknya pada Khamis. Luahan itu dipercayai ada kaitan dengan kontroversi berkaitan dia cuba melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selepas didakwa menghamilkan seorang wanita. Sebelum ini, Aniq dikaitkan melakukan hubungan terlarang sehingga menyebabkan seorang wanita hamil namun menafikan perkara itu. Wanita tersebut kemudiannya membuat permohonan maaf dan menjelaskan tuduhan dibuat terhadap Aniq adalah fitnah disebabkan menaruh hati terhadapnya. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, wanita tersebut membuat pusingan 'U' apabila kembali dengan dakwaan baru menuduh dia dimanipulasi aktor terbabit. Terbaharu, wanita berkenaan nekad menyelesaikan kes tersebut di mahkamah dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan. Sumber: mStar
|
telracs replied at 22-12-2023 12:10 AM
Hmmm...
Tak tahu kebenaran, so tak sokong sapa²...
ADVERTISEMENT