CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Liwat Kawan Usia 15 Tahun, Lelaki Di Kelantan Dipenjara Lapan Tahun Dan Dua Sebatan

21-12-2023 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9229| Komen: 19

KOTA BHARU – Seorang buruh dipenjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan meliwat rakan lelakinya yang berusia 15 tahun di Pasir Puteh dekat sini sejak tiga bulan lalu.


Tertuduh, Che Wan Mohd. Fadil Che Wan Noh, 34, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.


Foto: Kosmo

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meliwat seorang remaja berumur 15 tahun enam bulan kira-kira pukul 2 pagi pada 26 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Che Wan Mohd. Fadil didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama kira-kira pukul 3 pagi pada 10 Oktober lalu.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh dekat sini.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 7926) dan memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu agar hukuman yang ringan diberikan kepadanya.

Abu Arsalnaa bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Tertuduh melakukan satu kesalahan serius terhadap mangsa yang masih lagi bawah umur. Mangsa juga masih mentah dan tidak memahami kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh terhadapnya.

“Kanak-kanak sepatutnya dilindungi daripada perkara-perkara seperti ini. Jadi, saya mohon hukuman setimpal diberikan untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 14 Disember lalu.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 21-12-2023 03:17 PM
Edited by green~tea at 21-12-2023 03:19 PM

Ex boyfriend mak tiri i kena penjara 7 tahun sbb rogol budak bawah umur pompuan, bakalan keluar penjara 2024.. kejadian rogol tu 2017...

Ayah i meninggal in 2021... tp i baru tahu mak tiri i ada boyfriend in 2017 sbb kantoi surat dari penjara mamat tu kirim kat mak tiri i tp sampai ke tangan i (send ke alamat rumah arwah mak i)...

Hina nya mak tiri  perangai sundal curangi ayah... kalo awal2 aku tahu betina ni sundal mesti aku dah tunjuk surat tu kat mahkamah masa bicara pusaka etc..


Ok aku nak compare dgn berita ni.. bila liwat sama jantina... bawah umur... penjara 8 tahun

Kira tambah hukuman extra 1 tahun ler...
Quote whimsicalmusic 21-12-2023 05:25 PM
kejap nya 8 thn je?
Quote Kurex 21-12-2023 05:26 PM
Huk alohhhh
Quote Perwira2022 21-12-2023 05:42 PM
green~tea replied at 21-12-2023 03:17 PM
Ex boyfriend mak tiri i kena penjara 7 tahun sbb rogol budak bawah umur pompuan, bakalan keluar penj ...

Mak tiri pernah tidur ngan ex boyfriend tu ke atau just bercinta kat tepon aje?
Quote green~tea 21-12-2023 06:11 PM
Perwira2022 replied at 21-12-2023 05:42 PM
Mak tiri pernah tidur ngan ex boyfriend tu ke atau just bercinta kat tepon aje?


Tak tahu lah... i cuma baca surat tu baru tau depa couple.. i tanya kawan i yang keje pegawai penjara and i kasi dia track record based on nombor banduan

Tp ni mak tiri dah kawen dgn BF lagi muda 26 y.o...

Kawen pun sbb tangkap khalwat tahun lepas
Quote Decaffeinated 21-12-2023 06:49 PM
Tah2 si bottom tu yang lebih birah. Bawah umur lah sangat 15 tahun kalau pancut dalam rahim sure bunting punya.
Quote mojarean_X 6-9-2024 10:55 PM
Decaffeinated replied at 21-12-2023 06:49 PM
Tah2 si bottom tu yang lebih birah. Bawah umur lah sangat 15 tahun kalau pancut dalam rahim sure bun ...

Tp tetap bawah umur walaupun cemana birahnya dia. Dan di malaysia liwat adalah suatu kesalahan
Quote Decaffeinated 7-9-2024 07:45 AM
mojarean_X replied at 6-9-2024 10:55 PM
Tp tetap bawah umur walaupun cemana birahnya dia. Dan di malaysia liwat adalah suatu kesalahan

Aku malas nak cakap tapi cakap juga lah. Budak jantan umur 15 tahun ni hormon dan tenaga dia lain macam. Bila sex is freely available silap2 dia yang jadi pemangsa. Susah aku nak simpati.
Quote ardent91 7-9-2024 08:42 AM

tulah.. aku rasa budak umor 15 taun tu sendiri pown rela.. nampak cam ni kes suka sama suka.. cumer die akan terlepas sbb underage.. ape2 hal yg terlebih umor la tanggung sorg2

Quote hayrin86 7-9-2024 09:51 AM
mojarean_X replied at 6-9-2024 10:55 PM
Tp tetap bawah umur walaupun cemana birahnya dia. Dan di malaysia liwat adalah suatu kesalahan

liwat = rogol/perkosa

Quote liyamariska 7-9-2024 11:43 AM
lelaki pn dah tak selamat...
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:36 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:06 PM

Quote pooh~key 9-9-2024 08:54 PM
Decaffeinated replied at 21-12-2023 06:49 PM
Tah2 si bottom tu yang lebih birah. Bawah umur lah sangat 15 tahun kalau pancut dalam rahim sure bun ...

Sissy kita sependapat sissy. Hoooray ada juga yang berfikiran rasional macam akak sissy.

Kepala BUTOH dia 15 tahun bajet bawah umur tak tahu apa itu erti sedap, tambah akak lagi sissy.
Quote slyflynx 10-9-2024 06:02 AM
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Quote boo00 23-10-2024 04:00 AM
Do you want me to?
Quote Kak-Rohana 25-10-2024 10:04 AM
Islei la sangat
Quote tripleid 25-10-2024 11:16 AM
Screenshot_2024-05-04-18-05-18-797_com.facebook.lite-edit.jpg

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071076 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top