Pelakon, Luqman Hafidz mendedahkan dia dan bekas isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi dalam keadaan yang sangat baik meskipun sudah berpisah pada Jun 2022 lalu. Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi berkata, dia berharap hubungan baik antaranya dan bekas isteri berterusan demi kebajikan anak mereka, Eve Laura.
"Hubungan saya dan juga bekas isteri dalam keadaan baik, Alhamdulillah kami tiada sebarang masalah. "Saya harap perkara ini berterusan, tiada isu antara kami dan sebagainya demi menjaga kebajikan anak kami, Eve Laura," katanya. Ketika ditanya mengenai penerimaan anak terhadap perpisahannya dan bekas isteri, pelakon berusia 32 tahun itu memaklumkan bahawa Laura mungkin memerlukan sedikit masa untuk memahami keadaan yang berlaku memandangkan anaknya itu baru sahaja berusia tiga tahun. "Dia masih berusia tiga tahun dan mungkin dia belum faham apa yang terjadi antara saya dan bekas isteri.
"Tapi dia faham bila perlu berjumpa saya pada sekian waktu, perlu berjumpa dengan ibu dia pada sekian waktu. Setakat ini tiada persoalan yang timbul dalam diri anak saya. "Benda-benda sebegini memerlukan masa bagi anak saya memahami segalanya," jelas Luqman.
|
ADVERTISEMENT