Pelakon Iqram Dinzly memberi bayangan bakal aktif kembali berlakon pada tahun depan bagi memenuhi permintaan peminatnya yang ingin melihatnya kembali beraksi di televisyen. Iqram yang mahu dikenali sebagai IQ Dinzly bagaimanapun berkata dia akan membawa karakter berbeza kerana ingin mewujudkan fenomena baharu dalam dunia hiburan.
“Saya sudah katakan Iqram Dinzly itu sudah mati dan yang akan wujud adalah Iq Dinzly yang akan mewakilkan serta menjadi protege kepada Iqram Dinzly nanti. “Jangan harap karakter lama saya akan wujud semula dan terima la karakter baharu saya sebagai Iq Dinzly yang merupakan pewaris kepada Iqram Dinzly. “Tapi untuk karakter baharu ini memang tidak sama dengan yang lama kerana saya akan lebih kepada menyampai sesuatu mesej adab serta adat dan saya nampak ia akan jadi perkara yang baik berbanding saya yang dulu,” kata Iqram.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT