Tidak menolak bahawa isu rupa paras seperti bagaikan tenggelam timbul dimainkan dalam industri hiburan, pelakon senior, Namron berkata, dia tidak tahu mengapa ia wujud kerana banyak pandangan berbeza daripada peminat dan penonton.
Menurut Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, sejak tahun 80-an dan 90-an, hal yang sama berulang kali dicetuskan oleh sesetengah pihak namun tidak menemukan jalan penyelesaian. “Bagi saya isu ini tak pernah habis dimainkan. Sekejap ia tenggelam lepas itu timbul balik. Seingat saya dari tahun 80 dan 90-an ia sudah dimainkan isu ini. Ada masa ditukar sikit plotnya menjadi wajah komersial dengan tak komersial seperti isu tiada perwatakan menarik. “Semuanya sama saja, ulang alik benda yang sama. Pada pandangan saya, pelakon-pelakon kita teruskan saja bekerja dan pedulikan apa orang nak cakap. “Apa lagi di zaman media sosial ni, artis dan pelakon bukan hanya berdepan dengan wartawan hiburan tetapi juga netizen yang selalu mencari isu. Nanti bila ada isu lain, isu ni akan dilupakan,” katanya.
Sumber: Utusan
|
Naargees replied at 21-12-2023 06:28 PM
Org msia mmg bodoh kalau tgk filem International ke African movies ke cerita tamil ke cerita cina ke ...
Naargees replied at 21-12-2023 06:28 PM
Org msia mmg bodoh kalau tgk filem International ke African movies ke cerita tamil ke cerita cina ke ...
anony-mous replied at 21-12-2023 06:44 PM
Gen Z skrg otak jd lembab sbb byk sgt tgk kdrama. Kdrama kan mcm ni. Bg i plak, kalau cerita tu be ...
ADVERTISEMENT