Pelakon Azrel Ismail menegaskan memiliki wajah Melayu meskipun dikatakan biasa sahaja atau ‘awam’ sepatutnya berbangga kerana ia bukan satu ‘kutukan’ tetapi kelebihan buat mereka. Kata Azrel, hakikatnya, wajah-wajah Melayu ini sebenarnya boleh ‘mencari makan’ dalam industri seni dan mendapat permintaan yang tinggi.
"Saya tak faham kenapa ada orang pertikai pelakon itu berwajah awamlah, Melayu sangatlah. Kalau sudah namanya pun Melayu, Amir dan Nadhir, memang tak larilah dengan jati diri Melayu itu. "Saya juga tak lihat ini sebagai satu kekurangan sebab kebanyakan drama, pelakon yang bermuka Melayu ini lebih laku daripada yang berwajah Pan Asia. Kalau yang berwajah Pan Asia pula mungkin lebih sesuai untuk komersial atau penjenamaan. "Untuk drama dan filem, muka-muka Melayu inilah yang lebih laris bak pisang goreng panas!"katanya. Selain itu, kata Azrel, adakala perkara ini juga tertakluk kepada syarat sesebuah produksi atau stesen televisyen mengikut karya yang mahu dihasilkan.
"Kalau diperhatikan, sekarang ini, rasanya ramai yang suka tonton drama Korea. Jadi, kebanyakan produksi mahukan pelakon yang memiliki ciri wajah Korea pula. "Tetapi tengok pada naskah apa yang ingin dihasilkan itulah. Apa pun, wajah Melayu inilah yang patut kita ketengahkan dan kedepankan. Namun, pada masa yang sama, ia juga mengikut ketentuan rezeki masing-masing juga,” katanya lagi. Sumber: Murai
|
slyfynx replied at 20-12-2023 11:52 PM
Tp... muka awam bukan bermaksud muka melayu.
just xde market value.
Muka dan penampilan macam remaja ...
laqoyah replied at 21-12-2023 02:50 AM
iols suka dia ni hitam2 manis drp muka style korea ponen sgt.
ADVERTISEMENT