Hafreez Adam, meluahkan rasa hairan mengapa isu paras rupa masih diperdebatkan memandangkan sebelum ini sering mendengar bahawa penonton mahukan pelakon yang memiliki wajah Melayu untuk memegang watak utama dalam sesebuah naskah drama atau filem.
Malah, menerusi apa yang berlaku terhadap pelakon junior, Amir Ahnaf dan Nadhir Nasar, ia baginya tidak wajar kerana biarpun wajah menjadi perhatian, bakat juga harus dinilai dengan baik oleh penonton. “Bukankah itu yang diminta penonton sebelum ini? Saya selalu dengar dulu orang cakap, kenapa tak ambil pelakon yang bermuka melayu untuk jadi teraju utama sesebuah karya? Katanya, bila watak utama saja muka kena ‘jambu’, Pan Asia atau campuran, sebelum ini. “Jadi, kalau Amir dan Nadhir berwajah Melayu pun, ia satu perkara yang baik. Kita ada pelapis yang sangat berbakat dan bawa muka Melayu itu, Insya-Allah ke peringkat lebih tinggi,”katanya.
|
Kurex replied at 20-12-2023 12:47 PM
Mesti hafrezzah adamiah taste jantan muka macam deols kan
ADVERTISEMENT