CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hilang 52kg Lepas Pembedahan Bariatrik, Aishah Kata Suara Tak Berubah Dan Makin Power

18-12-2023 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10148| Komen: 22

Datuk Aishah mengakui tiada sebarang perubahan yang ketara pada suaranya selepas dia melakukan pembedahan bariatrik, enam tahun lalu.

Aishah berkata, suaranya menjadi lebih baik dan mudah untuk menyanyi selepas hilang sebanyak 52 kilogram menerusi pembedahan tersebut.


Foto: IG

"Secara peribadi, saya rasa suara saya tidak berkurangan (kurang power) selepas melakukan pembedahan bariatrik. Berdasarkan pemerhatian saya, malah lebih baik berbanding sebelum itu.

"Ini kerana diafragma saya sebelum ini sedikit terhalang disebabkan saiz badan yang agak besar. Cuma bila berat menurun, suara akan jadi berbeza sedikit, placement suara beranjak, memang akan lain tapi tidak ketara," katanya kepada OhBulan.

Berkongsi lanjut mengenai pembedahan bariatrik, pelantun lagu Janji Manismu itu berkata keputusan yang diambil bukan jalan pintas untuknya menurunkan berat badan.


"Saya buat bariatrik 6 tahun lepas dan hilang sebanyak 52kg. Berat asal saya 110kg dan sekarang sekitar 58kg hingga 60kg. Ini bukan jalan pintas yang saya ambil untuk kurus.

"Sebabnya, sebelum ambil keputusan untuk buat pembedahan, saya sudah cuba pelbagai cara termasuk pengambilan produk dan sebagainya. Sampai satu tahap, kaki saya sangat sakit dan susah berjalan.

"Ini adalah keputusan yang terbaik saya buat dalam hidup, saya perlu buat pembedahan kerana tidak mahu jadi seperti beberapa orang ahli keluarga lain yang mengalami kesan teruk akibat berat badan berlebihan.

"Dapat nikmat kesihatan itu lebih besar. Saya sangat gembira dengan kesihatan dan saiz sekarang, biar saya tak makan asalakn tak kembali pada zaman badan besar. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 18-12-2023 03:45 PM
alhamdulillah tokchah

aku teringin nak buat tetapi aku takut
Quote Burong_Hantuk 18-12-2023 03:47 PM
halusinasi kah???tanya jer
Quote black_handbag 18-12-2023 03:54 PM
semakin power sampai terkeluar dari GV ke.. pastu meroyan royan salahkan juri
Quote wirazam 18-12-2023 07:28 PM
Dah Kurus..kena tingkatkan stamina...you can do it..
Quote doodlediddle 18-12-2023 08:19 PM
Maaf. You should hear yourself again in GV. Your voice is no longer the voice we’ve heard before. Don’t be a delulu kay!
Quote lolen 18-12-2023 09:02 PM
Suara makin power tp kenapa bila.bercakap je suara mcm chipmunk?  Xpelah acik ecah kurus pon xlawa mana jalan pon bersepah pakai tudung pon x kemas2
Quote anarina 18-12-2023 09:06 PM
You let urself go sampai berat 110kg, aiyioooo pls lah kurus pun still laaaaaaa delulu
Quote fido_dido 18-12-2023 09:13 PM
Burong_Hantuk replied at 18-12-2023 03:47 PM
halusinasi kah???tanya jer

aku jua bertanyakan soalan yang sama
Quote fido_dido 18-12-2023 09:15 PM
suara chipmunk dia tu betul2 ke atau dibuat2? sbb mcm makin menjadi22 kedengaran chipmunknya itu
Quote MeowPARSI 18-12-2023 09:21 PM
Hahaha ecah ecah????‍♀️
Quote kuzaime 18-12-2023 09:44 PM
Suara makin power?? benang gv dulu ramai cakap mcm suara mesin tebu
Quote Bonger 18-12-2023 09:49 PM
Bukan nak kecam tok Chah tapi jarang sekali penyanyi nk puji suara sendiri sdp even tokti sekalipun.....
Quote AnnaSendin 18-12-2023 10:58 PM
Semoga peti sore acik ecah pulih. Semoga acik ecah boleyh belting tanpa ada kedengaran menggigil. Rindu nak dengar sore acik ecah nyanyi lagu camar yang pulang. Last iols dengar aore acik ecah yang best tatkala usia senja nieyh ketika konsert diraja nogoghi, lagu syurga di bawah tapak kaki ibu.
Quote hyie 19-12-2023 12:52 AM
sebelum sheols join GV, suara sheols sedap lagi. Merdu je. Masa join GV, vokal dah start menggigil gituu. Yang latest ni, kalau perasan cara sheols pegang + control mic pon dah boleh nampak tak konsisten, macam tak seiring dengan kawalan vokal, goyang-goyang. Pastu vokal jadi bingit sikit. Akan jadi sedap bila dihaluskan sikit.
Quote LembingDayanti 19-12-2023 01:02 AM
nenek kebayan paling delusional dan takut kalah
Quote Catpaw 19-12-2023 01:30 AM
Wow, separuh juga hilang berat ya
Quote sleepandream 19-12-2023 09:52 AM
sheols okay je tapi banyak salah pilih lagu masa GV...
first week dah pilih lagu gemilang jac... ko raserrr???
tapi iols tetap suka lagu2 kak ecah yach

Quote Mary_jane 19-12-2023 10:15 AM
You go tok ecah!
Quote marchikobonzo 19-12-2023 10:15 AM
Tokcah dengar balik GV10 ye

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.109242 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top