CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ini Kali Pertama Baba Datang Majlis Hari Jadi Setelah 17 Tahun," Zaki Yamani Ucap Terima Kasih Kepada Jamal Abdillah

18-12-2023 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8852| Komen: 52

“Terima kasih baba. Ini kali pertama baba datang majlis Zaki setelah 17 tahun," ucap Zaki Yamani yang gembira apabila bapanya Datuk Jamal Abdillah datang ke majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-17, baru-baru ini.


Di Instagram miliknya, Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah turut berkongsi sebuah video menunjukkan bapanya sedang mendendangkan sebuah lagu di majlis hari jadinya yang berlangsung di sebuah restoran.

Foto: IG

Zaki yang berada di sebelah bapanya sewaktu penyanyi tersohor itu sedang membuat persembahan kelihatan sangat teruja.

Perkongsian penyanyi yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini itu memancing emosi peminatnya yang turut sama terharu dan gembira dengan kehadiran Jamal ke majlis tersebut.

Malah, rata-rata peminat mendoakan agar hubungan kedua-dua beranak itu sentiasa baik dan gembira.




“Kasih ayah sepanjang masa tidak akan pernah putus walaupun selama 17 tahun. Reda ibu ayah serta Allah SWT, maka Allah pun reda dengan kita sebagai anak,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Tidak akan putus walaupun sejauh mana. Saya doakan yang terbaik untuk Zaki,” kata seorang lagi pengikutnya.



“Ayat Zaki sungguh menyentuh perasaan. Insya-Allah moga ikatan kasih sayang seorang ayah dengan anaknya bertambah baik,” kata seorang netizen.

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Zaki pernah meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak berpeluang beraya bersama bapanya pada tahun lalu.

Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu dengan anaknya itu selepas bercerai dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad.



Bagaimanapun, Jamal dalam satu temu bual bersama media menafikan dirinya menjadi punca hubungan dengan anak keduanya itu renggang.

Walaupun tidak tinggal bersama, Jamal berkata, dia melayan anak-anaknyasama rata dan tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka.


Selain Zaki, Jamal juga memiliki seorang lagi anak, hasil perkahwinan pertama, Osami Yamani, 21 yang turut mewarisi bakat nyanyiannya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 18-12-2023 12:25 PM
Menjadi muka zaki ni, jambu
Quote dua_chzy 18-12-2023 12:30 PM
Betul tak guna bapak kau tu dek. Sukor la sekarang kau dah hada nama, barulah dia nak tengok kau. Kesian betul. Walau bapak kau jantan hanat tak guna, kau tetap nakkan kasih sayang dia. Ni la perasaan polos seorang anak yang neglected. Bagi sikit pun dia dah gembira sangat2.
Quote A-Are 18-12-2023 12:32 PM
father figure sangatlah penting dalam diri anak2 especially ank lelaki...ayahlah slalu menjadi cth sesorang anak lelaki tu, kalau dia baik pon dia akan kata sebab ayah dia & kalau dia xmenjadi pon dia akan salahkan ayah dia...rarely dgr anak lelaki salahkan mak..
Quote jalfa 18-12-2023 12:37 PM
Zaki ni kalo x de bapak pon menjadi je...nenek dia pon lecterer kot sbb tu tgk dia belajar bukan mcm retis remaja lain
Quote 3chanceno 18-12-2023 12:40 PM
Hepi Besday Zaki

Semuga ikatan kasih sayang nie terus dipupuk.  Moga2 lulus spm dgn cemerlang.
Quote mamajawie 18-12-2023 12:51 PM
amboi followers ig dia 1.1mil..happy bfday zaki cute
Quote Yoonggi 18-12-2023 12:54 PM
sabar menanti dak zaki nih
Quote lolen 18-12-2023 12:54 PM
jalfa replied at 18-12-2023 12:37 PM
Zaki ni kalo x de bapak pon menjadi je...nenek dia pon lecterer kot sbb tu tgk dia belajar bukan mcm ...

Wahhhh hebat eh nenek dia..mak dia pon kerja bagus ke sis?
Quote QueenCaramel 18-12-2023 12:56 PM
Katenye anak2 die layan sama rata..eh tokmal..r u sure? Kesian budak tu xde father figure..
Quote Purplehaz 18-12-2023 12:56 PM
Happy birthday to you Zaki. Sukses selalu.
Putih & cute..mmg la ramai betul peminat bbnu dia ni.
Quote chandrahusin 18-12-2023 12:59 PM
Zaki ni ikut muka Jamal kan
Jamal muda2 boleh tahan hansem
Bagus lah dh jenguk anak
buang je hal2 lama tu
Quote caprisonne 18-12-2023 01:03 PM
Aku tak suka jamal sbb ni la.. rasa kesian kat anak2 dia dgn wife terdahulu.. ada father tapi mcm takde father.. moga Zaki dapat results yg bagus utk SPM.. bahagiakan ibu dan diri sendiri..
Quote September14 18-12-2023 01:14 PM
Sbb dah popular ke baru nak jenguk?

Hrp2 zaki ni naik la suara ada rupa ada stage presence pun bgus
Quote kakacantikkan 18-12-2023 01:39 PM
dlm byk2 anak..zaki ni plg muka mcm pak jemal
Quote I.K.A888990 18-12-2023 01:42 PM
apooooo atok kau buat mcm tu
pape pun selamat hari lahir dikkkk
Quote Kampungpeoplesz 18-12-2023 02:11 PM
Herlok ye muka anak tokmal yang sorang ni.. putih jambu..mmg jadi kegilaan para gadis dan kunyets laaa
Quote Minyakyuyi 18-12-2023 02:14 PM
Ok la dtg jgk tnjuk muka,mgaku anak dari sekor hos gelang tu anak dia pn dbuang hidup2..
Quote arffa 18-12-2023 02:21 PM
bukan ke dia dihalang jumpa oleh bekas isteri ke? sebab si yamani tu aman - aman je jumpa baba dia sebab bekas isteri tak menghalang.
Quote Hoola 18-12-2023 02:22 PM
happy besday zaki
semoga bjaya spm
dan bnggakan kluargamu

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042925 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top