Ashira Aziz beri syarat kepada mana-mana lelaki yang ingin mengahwininya agar dapat menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya, Megat Shazril. Ashira berkata bakal suaminya harus menerima anaknya dengan seikhlas hati selain tidak menyakitinya.
Sekiranya anaknya disakiti dia rela meninggalkan lelaki tersebut. "Sekiranya bakal suami tidak boleh terima anak saya, maka dia juga tidak akan memiliki saya. "Sekiranya dia menyakiti anak saya, demi kebaikan saya akan tinggalkan dia. "Syarat pertama adalah terima anak saya dengan seikhlas hati dan berkawan dengannya. "Sebab anak saya adalah segalanya untuk saya, mudah sahaja." Ashira turut berkongsi berita mengenai seorang wanita yang sanggup meninggalkan anaknya yang berusia 10 tahun disebabkan ingin berkahwin baharu. Wanita terbabit didakwa bertindak sedemikian kerana ‘patuh’ pada arahan bakal suaminya.
Untuk rekod, Ashira merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2015. Ashira kemudian berkahwin dengan penyanyi arwah Bad Indigo pada Mac 2021, bagaimanapun usia perkahwinan tidak kekal apabila mereka mengumumkan bercerai pada Jun 202. -CARI
|
TomyamPuteh replied at 8-12-2023 03:48 PM
Ye la Syera oiii. Hang sendiri pun sampai skrg xde rumah.
AmandaRollins replied at 8-12-2023 06:01 PM
Apa kena mengena artikel ni dgn rumah dia?agak2 la nk hina org pun….dah dia x de rezeki nk beli r ...
pocongkiutss replied at 8-12-2023 05:33 PM
Tah nape geli je dgn dia ni
Boipren baru ko yg cinta monyet tu takleh terima anak ko la ye?
ADVERTISEMENT