CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zayn Rayyan Sah Dibunuh, Ada Kecederaan Di Leher, Badan

7-12-2023 05:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 726146| Komen: 12247

Sungai Buloh: Kematian seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditemui malam tadi di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai disahkan dibunuh.


Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.


Kata Hussein, hasil bedah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

“Kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kecederaan dikesan pada leher dan badan,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam tadi, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mematian mengejut (SDR) sebelum keputusan bedah siasat diperoleh.


Kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang sejak tengah hari kelmarin dan kali terakhir ditemui adalah ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut di kawasan sekitar kelibat kanak-kanak itu dilihat.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 7-12-2023 05:29 PM
Haaaaaamekkkkk plot twistttttt sangatttttt
Quote dua_chzy 7-12-2023 05:29 PM
Harualah mak suspek utama kan sebab last seen with mak.

Quote prettyuglybabe 7-12-2023 05:29 PM
jeng jeng jeng...

Quote YgBenar 7-12-2023 05:30 PM
Tak terkata...hilang mood hari ni
Quote Justsha 7-12-2023 05:32 PM
itu la, iols rajin tengok criminal minds, usually if case budak yg kena kidnap (wallahualam lepas dicabul), rapist/ killer akan bunuh within 24hours.   harap nya arwah ni tak di kenakan camtu la

nak tempek comment iols kt sini
Quote syamzana 7-12-2023 05:36 PM
eiiiiiii ape jahat sgt ni
Quote YgBenar 7-12-2023 05:36 PM
teringat aku kes pasangan british kat malaysia berapa tahun ...anak hilang  autism juga...byk plot twist kat situ
Quote kalchi 7-12-2023 05:36 PM
Unexpected betul. Pttla lama bedah siasat nya.
Quote gurlfriday 7-12-2023 05:36 PM
Babi,bodohhhh...2 bdk laaaaa, sial btul pmbunuh
Quote honam 7-12-2023 05:36 PM
dua_chzy replied at 7-12-2023 05:29 PM
Harualah mak suspek utama kan sebab last seen with mak.

tak kan kot
Quote raihaneem 7-12-2023 05:38 PM
Allahuakbar...

Sedih la bc kisah adik zain..
Mokcik terus p peluk ank2 mokcik....tk dpt bygkan..

Plot twist pulak....hrp dpt jmpa si pelaku jika benar ada kesan dibunuh..

Kalau betoi dibunuh..pndai si pembunuh buang di sungai dgn harapan bukti boleh hilang..air sungai yg sejuk boleh ganggu anggaran waktu meninggai.


Mcm besa la...kalau kes kematian mcmni..org terdekat depa akn siasat dulu..dan yg terakhir bersma mangsa akn jd suspek jugak.

Semoga dipermudahkan siasatan...


*rasa mcm....mgkin ada yg culik...pastu bila riuh masuk media...pastu carian besar2an...si penculik panik..bunuh dan buang mangsa..
Quote Decaffeinated 7-12-2023 05:41 PM
buat apa nak culik?
Quote mrsamz 7-12-2023 05:43 PM
siapa tau apa fb / ig mak dia..???
Quote YgBenar 7-12-2023 05:45 PM
dua_chzy replied at 7-12-2023 05:29 PM
Harualah mak suspek utama kan sebab last seen with mak.

kena sah dengan forensik waktu bila arwah dibunuh...samakan ngan cerita maknya waktu dia hilang...
Quote noor2 7-12-2023 05:45 PM
Ya Allah...celakanya yang membunuh adik ni.
Quote Revolver 7-12-2023 05:45 PM
mrsamz replied at 7-12-2023 05:43 PM
siapa tau apa fb / ig mak dia..???

Izz Manaf nama FB mak die
Quote ina_na 7-12-2023 05:45 PM
dua_chzy replied at 7-12-2023 05:29 PM
Harualah mak suspek utama kan sebab last seen with mak.

Otak jahat olss awal2 dah suspek mak dia..ckp kat suami mungkin mak dia..sbb boleh mak dia ckp mak dia jalan depan anak jln belakang..kita anak yg normal pun x bg jalan belakang ..pe2 boleh jd .otak jahat iols fkr mak dia dah penat jg anak autism, sbb mmg bukan mudah nk handle..tgk kat sekolah anak bongsu iolsss nampak penat gila cikgu handle kelas..
Quote noor2 7-12-2023 05:46 PM
Betul ke mak dia tinggalkan dia ikut belakang sekejap toleh x de...x percaya aku dari awal sejak kes adik ni hilang....CUAI!!!!
Quote noor2 7-12-2023 05:47 PM
Anak umur 6 tahun dah autism ko pimpin la tangan..lebih pentingkan barang dari anak

Lihat semua komen(12247)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 1.344175 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top