CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Tahun Tak Balik Jenguk Mak Ayah Di Kedah, Siti Mariah Rupa-Rupanya Duduk Di Negeri Sembilan

7-12-2023 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16926| Komen: 112

KUALA NERANG –Sepasang suami isteri dari Kampung Sireh, Naka gembira apabila mendapat khabar anak yang menghilangkan diri sejak lapan tahun lalu akhirnya akan pulang ke pangkuan mereka.

Hamzah Said, 65, dan isterinya, Che Safuan Abd Rahman, 61, menerima khabar gembira tentang anak sulung mereka itu, Siti Mariah, 39, daripada Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar semalam.


Menurut Hamzah, mereka dimaklumkan bahawa Siti Mariah kini berada di Labu, Negeri Sembilan dan dalam keadaan sihat.


Foto: Kosmo

“Tiada perasaan yang dapat kami gambarkan melainkan gembira kerana akhirnya anak yang kami rindui ditemui semula. Kami sempat membuat panggilan video juga semalam, Allah sahaja yang tahu, setelah begitu lama kami bersua muka juga.

“Isteri paling sedih dan sayu sehingga mengalirkan air mata semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Bercerita lanjut kata Hamzah, Siti Mariah dijangka pulang ke rumah pada Sabtu ini.

“Kami semua paling tidak sabar untuk menyambutnya nanti. Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis yang bertindak pantas mengesan anak saya dan media yang menyiarkan  berita ini.

“Hanya Tuhan dapat membalas jasa mereka semua,” ujarnya.

Mulkiaman memeluk Hamzah bagi ketika memaklumkan tentang penemuan Siti Mariah di Kampung Sireh, Naka pada semalam.
Dalam pada itu, Mulkiaman berkata, pihaknya berbesar hati mengunjungi keluarga tersebut semalam untuk memaklumkan berita gembira tersebut.

“Dengan bantuan Ketua Balai Polis Labu, Negeri Sembilan kita berjaya mengesan Siti Mariah yang menetap di sana. Saya sendiri menyampaikan berita gembira ini semalam dan diharapkan terungkai kerinduan keluarga itu kepada anak mereka,” katanya.

Kosmo! pada 21 November lalu melaporkan tentang rayuan seorang ibu kepada anak sulungnya supaya segera pulang selepas lapan tahun menghilangkan diri tanpa berita.

Che Safuan Abd. Rahman, 61, berkata, anak sulungnya, Siti Mariah hilang selepas bekerja di sebuah bank secara kontrak di ibu negara.

Katanya, Siti Mariah merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang kaunseling. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 7-12-2023 04:06 PM
Nape ko tak balik nokk..
Quote Gianna111 7-12-2023 04:07 PM
Katanya, Siti Mariah merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang kaunseling.

alahai i nak serkap jrang jap.. graduan kauseling pun tak mampu nak sort masalah sendiri ye kak...
Quote shamsadis 7-12-2023 04:11 PM
hek eleh...dekat jee... sebelum buat rayuan ke media, contact lah Polis siap2....
Quote mamajawie 7-12-2023 04:13 PM
dag kenapa x balik kau ni???
Quote Buritan 7-12-2023 04:13 PM
Gianna111 replied at 7-12-2023 04:07 PM
Katanya, Siti Mariah merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang kaunseling.

alahai  ...

Ala kakak aku ade phd dlm komunikasi lg.. jd pensyarah komunikasi lg kat upm tuuuu tp bab komunikasi rupe taikkkkkkk..

So sijil kaunseling dia tuu leh cmpk dlm tong taik
Quote Dysania@72 7-12-2023 04:15 PM
intrigue sangat nak tahu kenapa dia lost contact ngan keluarga.  ikut bf? ajaran sesat? mental illness? family derhaka?
Quote Kitty_catz 7-12-2023 04:17 PM
maybe dari siti dah bertukar jadi wahab

tu pasai tak balik gamak..
Quote aciksenah 7-12-2023 04:17 PM
Tak de sapa ke yang nak merungkai misteri kenapa dia tak balik rumah? Katanya sebelum hilang tu dia p kenduri kawan dia kan? Lps tu tak balik2.
Quote Gianna111 7-12-2023 04:19 PM
nw111 replied at 7-12-2023 04:18 PM
Kawan i psychologist...bila meroyan kalah org psycho...kami pun x tau camne dia blh jadi psycholog ...

yup..me too.i ada sorang kwn siap ada lesen kaunseling lagi.tapi once keluar dari pintu bilik office tu nampak sangat otak terjejas..
Quote gorjeous 7-12-2023 04:20 PM
Ada sebab besar kee...
Quote Gianna111 7-12-2023 04:20 PM
Buritan replied at 7-12-2023 04:13 PM
Ala kakak aku ade phd dlm komunikasi lg.. jd pensyarah komunikasi lg kat upm tuuuu tp bab komunika ...

ah pulak..rasanya rata-rata manusia ni belajar sebab industry demand la kot..tu yang tak dapat nak apply dalam daily life..huhu
Quote menjad 7-12-2023 04:22 PM
Merajuk lah tuhhh...

Ada jer org camnih
Quote Prickford 7-12-2023 04:24 PM
shamsadis replied at 7-12-2023 08:11 AM
hek eleh...dekat jee... sebelum buat rayuan ke media, contact lah Polis siap2....

Dah report polis pon tak jumpa jalan. Agaknya acik tu tak koserrr nak contact setiap balai kat Malaysia ni
Quote kelapaparut 7-12-2023 04:29 PM
ade kisah lain disebalik kehilangan dan jumpa kmbali beliau.. xbg kawen dgn pilihan hati kot
Quote imanjannah 7-12-2023 04:35 PM
alhamdulillah.. biar apa pun isu mereka, dpt juga la mereka bertemu
Quote Decaffeinated 7-12-2023 04:58 PM
shamsadis replied at 7-12-2023 04:11 PM
hek eleh...dekat jee... sebelum buat rayuan ke media, contact lah Polis siap2....

And you expect police to do what?
Quote toynme 7-12-2023 05:00 PM
kering hati juga ea tak jumpa parents bertahun...kalau trauma kena perkosa dari kecik ke, kena bantai ke, kena dera emosi ke yang mana 1 tu...ish ish bnyk sgt ni root cause nak bgi
Quote Suchi 7-12-2023 05:10 PM
Tak larat nk pikir sbb apa dia menghilangkan diri
Sbb takda sapa juga nak bgtau apa penyebabnya
Quote Thunderclouds 7-12-2023 05:10 PM
Kesian siti mariah.
Dia xmau blk p carik soh blk jugak.
8 tahun is such a long time utk dia saja² hilang dr radar.
Ada la sebabnya tuh.

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046898 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top