CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Boleh Tidur,"-Emosi Ibu Zayn Rayyan Tak Stabil, Sukar Terima Anak Sudah Tiada

7-12-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6813| Komen: 4

Description: Ibu bapa kepada kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin reda namun masih sukar menerima hakikat anaknya sudah meninggal dunia.
Ibu bapa kepada kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin reda namun masih sukar menerima hakikat anaknya sudah meninggal dunia.

Menurut Ismanira Abdul Manaf, 28, dia tidak menyangka terpaksa berdepan pengakhiran yang menyedihkan.


"Sampai sekarang pun rasa Zayn masih ada, saya tak sangka berakhir macam ni, itu sahaja, saya tak nak komen lagi... emosi saya tak stabil," katanya ketika ditemui media.

Foto: mStar

Kata Ismanira, dia berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan lebih lanjut meskipun anaknya sudah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

"Saya tak nak bagi komen apa buat masa sekarang ini. Saya serahkan kepada pihak polis untuk jalankan langkah (tindakan) seterusnya dan buat siasatan.

"Saya minta pihak polis menyiasat dengan lebih lanjut lagi. Nak kata yang Zayn sudah tiada tu memang dia dah tiada. Tapi saya susah nak terima. Saya tak boleh tidur malam tadi,” katanya lagi.


Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor pada Khamis. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 7-12-2023 04:12 PM
Sian mak dia.. lmbt nak redha ni
Quote Nana_Man 8-12-2023 12:11 AM
Jahat sial betul lah yg buat gitu kt budak ni….
Quote ipes2 8-12-2023 05:40 AM
good looking nya budak ini
innalillahi
Quote Tinot7 8-12-2023 08:07 AM
Takziah kpd keluarga...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.046372 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top