CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak Video Lucah Artis Tersebar, Zaki Yamani Berhati-Hati Pilih Kawan

6-12-2023 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25661| Komen: 10

Banyak video tak senonoh tersebar, Zaki Yamani, 17, menyifatkan selebriti yang terpalit dengan isu tersebut melakukan kesilapan dalam pergaulan.

Bimbang diri terjerat dalam kontroversi tersebut, anak artis legenda, Datuk Jamal Abdillah ini lebih berhati-hati dalam memilih rakan-rakan.


Foto: IG

“Kita perlu elak melakukan perkara yang negatif. Kena bijak cari kawan. Kalau nak berkawan, kena kawan dengan orang yang baik-baik sahaja.

“Atuk saya selalu pesan. Kalau kita busuk, kita kena kawan dengan orang yang wangi barulah kita pun akan turut wangi juga,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, pelantun lagu Percayaku itu turut memberitahu dirinya kini menjaga batas dengan peminat agar tidak terdorong melakukan perkara yang tidak diingini.


“Kena jaga batas dengan peminat juga. Saya pernah lalui waktu buat content semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, saya sering kena serbu dengan peminat.

“Sekarang, saya kurang buat content macam dulu tu, saya hanya kongsi gambar-gambar sahaja di Instagram,” ujarnya.

Sementara itu, bertanya lanjut mengenai persiapannya bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Zaki sibuk menghadiri kelas tuisyen dan lebih banyak meluangkan masa dengan melakukan ulang kaji.

Meskipun masih menerima undangan menjayakan persembahan ketika ini, dia enggan meneruskannya kerana menganggu jadual belajarnya.

Lebih-lebih lagi, baru-baru ini Zaki dilamar oleh pihak Istana Brunei untuk membuat persembahan di negara itu selama sepuluh hari.

Zaki bagaimanapun terpaksa menolak undangan tersebut dengan berat hati walaupun ia dilihat sebagai satu peluang terbaik bagi melonjakkan namanya.

“Saya ada dapat tawaran menyanyi di Istana Brunei, tetapi waktu tu saya ada percubaan SPM. Saya tak dapat pergi sebab saya nak tahu bentuk soalan SPM macam mana… Akhirnya saya buat keputusan untuk cancel terus,” jelasnya.

Agak menyesal dengan penolakan tersebut, Zaki lebih utamakan peperiksaan percubaan SPM.

Dalam perkembangan lain, Zaki bakal menghadiahkan sebuah lagu baharu bertajuk Mati Rasa yang dikeluarkan hujung Disember ini. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 6-12-2023 06:48 PM
Bukan kawan je dik tapi jangan buat benda merepek terus
Quote sleepandream 6-12-2023 11:18 PM
kelassss dpt job 10 hari dkt istana brunei....
10 malam kau melalak lagu sama je ke macammana?
Quote Suchi 7-12-2023 12:26 AM
Kalau tak buat tak perlu la risau, yg penting jgn buat.
Ekceli dia risau takut kawan2 dedahkan gambar ke atau takut terpengaruh buat gitu?
Quote electricopop 7-12-2023 10:23 AM
Suchi replied at 7-12-2023 12:26 AM
Kalau tak buat tak perlu la risau, yg penting jgn buat.
Ekceli dia risau takut kawan2 dedahkan gamb ...

Kan... jawapan macam lari context.
Itu more on personal side, kamu kalau nak menggatal, jangan send benda pelik pelik kt orang. Xde kene mengene dgn pilih kawan bagai. Hahaha adik adik lagi ni dik non...
Quote prettyuglybabe 7-12-2023 11:15 AM
kalau takde buat video merepek, buat apa nak takut..
Quote AbukRokok 7-12-2023 11:19 AM
17 tahun..... long way to go..tahun depan pun boleh terbabas
Quote I.K.A888990 7-12-2023 01:32 PM
comey kau dik
semoga tak terjebak la ehhh
Quote iolss 7-12-2023 05:53 PM
konsep dia, ko jgn buat dekk. ko xbuat, ko nak ghisau apoooo..
Quote hyie 7-12-2023 06:06 PM
harap adik zaki berhati2 dengan hadek2 ponen iya sebab ramai hadek2 dalam bidang industri hiburan tu, risau nanti diambil kesempatan je tiberrr
Quote doubleharmonic 8-12-2023 12:04 AM
“Atuk saya selalu pesan. Kalau kita busuk, kita kena kawan dengan orang yang wangi barulah kita pun akan turut wangi juga,” katanya kepada XTRA.


mohon pesan balik kat atok kau kalau dah diri sendiri busuk takde sapa nak kawan. melainkan diorang pon sama busuk so selayaknyalah sama2 busuks forever

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038755 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top