CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuntutan Ganti Rugi Keterlaluan, Lan Solo Dedah Hasrat Lima Sekawan Berbaik Dengan Siti Nordiana Sebelum Ini Gagal

6-12-2023 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13909| Komen: 103

Sebelum ini lima sekawan yang disaman fitnah RM2.5 juta oleh Siti Nordiana pernah terbuka hati untuk membuat permohonan maaf terhadap penyanyi berkenaan.

Lan Solo memberitahu hasrat itu terbantut selepas sesi mediasi di antara mereka gagal mencapai kata sepakat.


Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 38, berkata, syarat dikemukakan penyanyi berkenaan ketika itu tidak dapat dipersetujui apabila mereka perlu membayar ganti rugi kepadanya.


Foto: IG

"Kami akui kekhilafan dan keterlanjuran, sebagai manusia biasa hanya permohonan maaf boleh dilakukan tetapi apabila jalan tengah yang dicadangkan disekat dengan beberapa syarat lain.

"Syarat dikemukakan adalah membuat permohonan maaf secara terbuka serta mengadakan sidang media dan itu tak menjadi masalah.

"Tetapi apabila permohonan maaf itu disertakan ganti rugi, saya rasa itu agak keterlaluan," katanya kepada mStar.




Turut ada bersama ialah isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim, Syura Badron dan peguam mereka Azlan Abdul Razak

Dalam pada itu, Lan berasa lega dan tenang apabila kes tersebut akhirnya menemui noktah apabila mereka saling bermaaf-maafan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.

Lan juga terbuka untuk kembali bekerjasama dengan Siti Nordiana malah berharap mereka semua dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.

Sementara itu, Azlan menjelaskan tujuan sidang media ini diadakan bukan untuk memburukkan mana-mana pihak sebaliknya bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku terhadap anak guamnya sebelum ini.



"Tiada niat lain sebab kes ini pun sudah selesai dan anak guam saya serta pihak plaintif pun sudah setuju dengan keputusan mahkamah semalam (Selasa).

"Jadi harapnya tiada isu berbangkit selepas ini," jelasnya.

Pada prosiding itu, Siti Nordiana, 39, membuat permohonan maaf kepada lima defendan dalam kes saman berkenaan selain menyatakan dia memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad kemudiannya membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.



Isu membabitkan Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta terhadap mereka pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 38, isterinya Nur Sheila, 37, dan Syura, 37, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 44.



Dalam saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.-CARI


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 6-12-2023 03:33 PM
Nana ni pergi maafkan kenapa eh
Quote esbok 6-12-2023 03:42 PM
Daku kongsi analogi orang buat fitnah.

Kau koyakkan cebisan cebisan kertas sepanjang perjalanan kau pergi kerja, nanti kau habis kerja, kau balik cuba kutip balik setiap cebisan kertas koyak yang kau tabur masa pergi kerja tadi. Kalau tak dapat kutip semua, cebisan kertas yang hilang tu lah umpama fitnah yang mangsa kene terima akibatnya.

Pepatah melayu ada kata, Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Quote cheada89 6-12-2023 03:42 PM
kalau aku jadi nana aku saman sejuta sorg. biar melingkup sesorg. mmg padanlah nana minta ganti rugi. tetiba tak tentu pasal nak mengata dia live. abis kontrak nana kena tamat tu cmne? korg ada ke nak support nana kalau dia takde job sbb kontrak kena tamat?pastu nak play victim lagi. konon dah minta maaf tapi perli bkn main lagi. manusia jenis apa lah diorg ni kan? nana toksah lah membazir masa kawan balik dgn 5 mangkuk hayun ni. nana dah ada kawan artis level atas dari 2 org mangkuk ni
Quote shida81 6-12-2023 03:46 PM
X de rase menyesal pun dorang ni... Nana g stop kenapa... Haish
Quote manehnya 6-12-2023 03:49 PM
org tu dah diam, gang5 ni tetaplah berbunyi
Quote emera 6-12-2023 03:59 PM
Elok laa tuuu.. tunjuk kat dunia perangai buruk seburuk wajah korg. Sejenis manusia yg x boleh dicontohi. Sila mereput!!!
Quote HelgaPataki 6-12-2023 04:00 PM
Mcm budak2 sekolah bergasak ja, motip nau ig post smua berunsur perli ya.
Quote jihyomelly 6-12-2023 04:05 PM
patutnya xyah justified apa pun..terus cakap keputusan mahkamah tutup kes..so no komen teruskan hidup mcm biasa..dah saling memaafkan buat apa lagi berbunyi
Quote Burong_Hantuk 6-12-2023 04:13 PM
Sudah2 la,,,,si lan solo ni pun perangai & mulut mengalahkan perempuan
Quote ubat_batok 6-12-2023 04:15 PM
meluat eh jantan acah2 up IG dengan caption mcm ppuan.

umur 38, perangai...hmmmmm
Quote Sachacha 6-12-2023 04:17 PM
Jadi sudah sudah la menyalak..taulah korang ni byk sgt masa terluang kan..sendu gitulah ..
Quote sayurmayur88 6-12-2023 04:20 PM
ruginya nana. but thats her decision.
Quote syamzana 6-12-2023 04:21 PM
benda dah settle pun dok menyalak tak habis2 lagi.
Quote dewi_rina 6-12-2023 04:23 PM
Kata kedai ko laku sangat lan oi, jangan sampai kena boikot mcm mcd starbucks sume tu.. Ko belum tahu penangan  boikot mcm mana punya gila
Quote tootii 6-12-2023 04:32 PM
kalau aku jadi Nana, mmg tak la nk ada apa2 hubungan ngan budak 5 org ni lagi ..
Nana dah tarik blk saman pun dah cukup baik.. ni lagi mau menyalak ..
kat ig up video / caption pasal ni lagi ..
ni la yg org pesan, education tu penting ..
boooo..
Quote Safirania 6-12-2023 04:37 PM
Jahatnyaa kawan. Jeles kat nana ke apa kawan2 tu
Quote edoraixora 6-12-2023 04:45 PM
Lan juga terbuka untuk kembali bekerjasama dengan Siti Nordiana malah berharap mereka semua dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.

run nana run....boleh dah kau palau kan aje malaun 5 ekor ni
takde ruginya tak berkawan dgn mangkuk2 ni
malah jimat lagi duit kau dari asyik banjer diaorg je

"Tetapi apabila permohonan maaf itu disertakan ganti rugi, saya rasa itu agak keterlaluan," katanya kepada mStar.

heiiii bodohhhh....tau pulak ko cakap pasal keterlaluan
abes kau buat live mengumpat tu sampai ada job nana ilang kau tak pikir pulak

Quote rarageng 6-12-2023 04:54 PM
si dayus ni nk play victim saja...hampeh 5 jahanam ni
Quote menjad 6-12-2023 04:59 PM
Xsedor diri hauk perangai.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.120456 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top