CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Sampai Seru, Eyka Farhana Tak Ada Plan Lagi Nak Kahwin Dengan Akhyar Rashid

6-12-2023 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7262| Komen: 19

Description: Selepas lima tahun bercinta, Eyka Farhana tak ada rancangan lagi untuk menamatkan zaman solonya bersama kekasih yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dalam masa terdekat.
Selepas lima tahun bercinta, Eyka Farhana tak ada rancangan lagi untuk menamatkan zaman solonya bersama kekasih yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dalam masa terdekat.

Msih banyak lagi perkara yang ingin dicapainya sebagai pelakon, termasuk impian untuk mengembangkan kerjayanya sehingga ke negara jiran.


Foto: IG

“Kalau tanya pasal kahwin, memang kami belum ada perancangan untuk ke arah itu. Orang kata belum sampai seru. Kami pun tengah sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Masih banyak lagi impian kami yang belum tercapai. Orang kata kalau jodoh tak ke mana,” katanya kepada Kosmo! Online.



“Lagi pun saya belum puas untuk kembangkan kerjaya. Antara impian saya untuk tahun 2024 adalah untuk menembusi pasaran negara jiran (Indonesia).

“Nanti bila sudah sampai seru, saya sendiri yang akan uar-uarkan kepada semua. Lagi pun ibu bapa saya pun memahami dan tidak pernah bertanyakan apa-apa."



Sebelum ini, pelakon berusia 28 tahun itu dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020.

Dalam perkembangan lain, Eyka turut memasang impian untuk berlakon dalam sebuah naskah aksi yang memerlukan dirinya melakukan sendiri babak lasak.



Katanya, sepanjang berkecimpung dalam bidang seni sebagai pelakon, dia belum pernah diberi kepercayaan untuk melakonkan babak aksi, mungkin disebabkan kerana faktor saiz tubuhnya yang kecil.

“Saya teringin nak berlakon dalam drama atau filem aksi. Mungkin sebab badan saya terlalu kecil, jadi peluang itu masih belum ada.


“Kalau ditawarkan suatu hari nanti, saya sanggup lakukan sendiri babak aksi. Tapi perlulah menjalani latihan terlebih dahulu,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 6-12-2023 01:41 PM
Leona nak seksi bolehh tp pastikan body mcm retis ni.... Lonpat cmn pun konpom kopek tak terkeluar
Quote bulalof 6-12-2023 03:35 PM
nak kena seru dgn maut baru nak fikir keh?
Quote babelina 6-12-2023 03:40 PM
wartawan pnnnnn.. x hbs2 nk tny bila nk kawin.. rasanya citer mcm nie dh 2 3x kuar..
Quote Sazreena 6-12-2023 04:02 PM
Sebb muka ko cantek maka diampunkan...kalau muka cam parah berdosa pakai cane seksi pun, mekap mampan berjerebu tetaplah hauk berdnakan rempit bohsia pprt.
Quote I.K.A888990 6-12-2023 04:14 PM
biarlah dia nk kawen ke idak
tapi takde pulak yg komen psl dia menyeksi eh
kemain jgk dia ni meyeksi..select betul netijon ni ke sbb kalau retis tu kurus walaupn seksi auto tak yah hentam
kalau dgn leona pergh berpage2 kau..bagi fair la sikit netijonnnn
Quote noor2 6-12-2023 04:15 PM
Budak ni seksi x pe pulak...yg Leona jenuh kena kecam.
Quote noor2 6-12-2023 04:16 PM
Aku lagi suka mcm badan Leona tu...
Quote hidet 6-12-2023 04:23 PM
enjoy life dulu dikk..mana tau dapat sambar vvip ke... pemain bola takat mana nak boleh bela kau dik..kerjaya deme ada expiry date..
Quote syamzana 6-12-2023 04:24 PM
dah 28 dia ni maybe sbb body kecik nampak muda lagi.
takyah la kawen awal2 kalau nak kembangkan kerjaya sana sini
dia ni seksi tak sakit mata memandang kalau yg body geleber sana sini terkeluar segala isi tu blh je nak seksi tp jgn bg org tgk, berair mata
Quote apedehal 6-12-2023 04:29 PM
I.K.A888990 replied at 6-12-2023 04:14 PM
biarlah dia nk kawen ke idak
tapi takde pulak yg komen psl dia menyeksi eh
kemain jgk dia ni meyeks ...

Xnmpak seksi walau terdedah sana sini sbb kerempeng..sama la cam daiyan terdedah sna sini, org xbising sbb xnmpak pape kut, terhijab hahhaha
Quote I.K.A888990 6-12-2023 04:50 PM
apedehal replied at 6-12-2023 04:29 PM
Xnmpak seksi walau terdedah sana sini sbb kerempeng..sama la cam daiyan terdedah sna sini, org xbi ...

tertutup rapat betul hijab tu haha
Quote naina 6-12-2023 08:48 PM
Wowwooo seksinya
Baju nampak perut tu macam Neelofa dulu2 menonggeng sambil promot beg
Quote LadyCarefree 6-12-2023 09:03 PM
Kalau Leona pakai gini harus berbakul2 komen negatif. Tapi dia ni sbb tek 10sen siapa xheran.
Quote Carcosa 6-12-2023 09:09 PM
Disebabkan meols baru isi form utk apply jadi karat dik Eyka, gara2 video moisturiser 2k, meols akan bash sesiapa yg kutuk2 dik Eyka.
Hepppp! Leave Eyka alone ok! Biar dia menyeksi dan biar dia menunggu seru.
Ok dik Eyka? Ailebiu.
Quote virgocircus 6-12-2023 09:32 PM
Yolo! Giteww
Quote eyansss 6-12-2023 09:51 PM
kenapa takde yang maki dia pi event dior?
Quote newyork 6-12-2023 10:48 PM
Pakaian lebih kurang yona ja tp yona montel tula nampak selambaknya..
Quote bukan_ustazah 6-12-2023 11:25 PM
Leona tu gundu sesangat 3xl perut pun geleber dengan tek yang lendut she rupa comel tapi tulah badan out. Kalau kurus mesti cute pakai apa pun helok
Quote bukan_ustazah 6-12-2023 11:26 PM
Eika ni body cantik berupa pulak tu dan nampak comel

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.331593 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top