Pelakon popular Bell Ngasri meminta orang jangan terus menghukum pendatang baharu sekiranya terpalit dengan dakwaan bersikap besar kepala. Menurut Bell atau nama penuhnya Nasrizal Ngasri , 43, pelakon baharu perlu diberi ruang dan elakkan daripada memarahi kerana hakikatnya, mereka tidak sedar telah bersikap negatif sebagai anak seni. "Mereka pendatang baharu dan baru sahaja masuk dalam industri, kalau perangai tak betul pun mereka tak tahu. “Jadi diva ke atau buat perkara salah dan ‘demand’ (letak bayaran tinggi) sebab mungkin mereka dilahirkan daripada keluarga berduit. “Jadi, mereka pun bukan tahu sangat benda-benda ini, jadi tak perlu marah pun,” katanya kepada HibGlam selepas sidang akhbar drama Hikayat Pak Belalang, di sini hari ini. Sementara itu, dia juga sedar dengan kewujudan isu segelintir pelakon menegur sikap beberapa pendatang baharu yang dikatakan semakin besar kepala.
|
ADVERTISEMENT