Seorang wanita mendedahkan kisah sepasang suami isteri. “Suami orang skandal dengan janda anak dua. Janda tu pula tunang orang. “Si suami sanggup tidur sampai lewat pagi sebab bermesej, bersayang-sayang, menabur janji bulan dan bintang."
Bagaimanapun, hubungan sulit mereka terbongkar dan berjaya dihidu isterinya. Seperti tidak bersalah, si suami hanya memberikan alasan 'sekadar bergurau' dengan wanita berkenaan. “Bila dah kantoi, alasan lelaki Saja je. Abang saja, tak ada apa pun,” ujarnya. Sikap si janda itu ternyata diragui apabila dia sanggup melayan suami orang dan apa yang lebih teruk dirinya sudah bertunang serta bakal bergelar isteri buat kali kedua. Walaupun hubungan skandal tersebut terbina atas dasar suka sama suka, dia cuba mengingatkan kepada lelaki berkenaan mengenai sikap dan 'sejarah' rumah tangga janda itu yang mungkin tidak disedarinya.
“Awak punya skandal tu janda tau, dah tunang. Bila dah jadi janda, dah bertunang... skandal pula dengan kau (suami orang), kau nampak tak dia tu wanita yang macam mana? “Kenapa dia bercerai dulu? Kita tak tahu. Dah tunang, skandal pula dengan kau. Itu ke calon isteri nombor dua? Adakah dia calon isteri yang lagi hebat daripada bini kau? “Otak kau letak kat mana? Kalau dia bagus, dia tak kacau kau la. Sebab kau suami orang,” katanya dengan nada berang. Wanita itu turut mengingatkan lelaki itu bahawa hati si janda yang 'dikejar' sudah pun dimiliki oleh tunangnya yang bukan berstatus suami orang. “Dia dah dapat dah, dah tunang. Sah, sah la tunang dia tu bujang. Tak kisah tunang dia bujang ke duda ke, janji bujanglah. Daripada kau laki orang. Ada otak kan?” katanya memberi peringatan menerusi video di TikTok. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan sikap pasangan yang berskandal ini sebagai‘dua kali lima’ (ada persamaan) kerana masing-masing curang dengan pasangan. “Lelaki baik perempuan, jadilah sombong pada lawan sejenis sekiranya sudah berpunya. Jagalah adab dan maruah diri masing-masing. “Dua kali lima, tapi kasihan si tunang tu. “Apa jenis tu kan? Yang baik depan mata, tapi tak dihargai,” komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
manehnya replied at 5-12-2023 03:21 PM
syiok sgt berskendel, padahal, lorong lubang sama ja
shark replied at 8-12-2023 12:25 PM
yeke sama.bukan ada sempit ada luas ke