CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Lepaslah Buat Beli Bawang Untuk Setahun," M40 Perlekeh Dapat RM100

5-12-2023 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14849| Komen: 145

PETALING JAYA – Ada segelintir yang memperlekeh pemberian RM100 menerusi penebusan e-kredit tunai eMadani dengan memberikan maklum balas sinis.

“Alhamdulillah lepas lah buat beli bawang untuk setahun,” kata seorang pengguna media sosial ditambah dengan emoji gelak seperti memerli.


Kemudian dia ditegur pengguna lain supaya bersyukur selain menasihatinya untuk memberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.


Foto: Malay Mail

“Bersyukur kepada Allah atas rezeki. Kalau rasa benda ni tak berharga kat kamu, beli lah beras dan barangan asas. Boleh sedekah kepada rumah anak-anak yatim, dapat juga pahala kan,” tegurnya.

“Boleh makan setahun,” kata seorang individu dengan komen berbaur perlian.

Ia juga mendapat teguran seorang pengguna Facebook kerana lebih ramai lagi rakyat Malaysia berdepan masalah kewangan untuk keluarga.

“Pelik dengan orang yang perli-perli ni. Dia tak nak ambil itu dia punya pasal, jangan dok perli orang yang ambil atau jumlah kerajaan bagi RM100 boleh tahan setahun. Ramai kat luar sana dalam poket tak sampai RM100 pun nak bertahan seminggu, dua minggu dan sebulan,” ujarnya

“Pada orang susah RM100 sangat-sangat berharga. Orang kaya macam kamu memang akan mengutuk selagi boleh. Apa kerajaan buat semua tak betul,” komen seorang lagi memberi teguran.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet mengambil bahagian dalam program itu serta boleh dituntut bermula pukul 8 pagi semalam.

Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program berkenaan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 5-12-2023 02:50 PM
bitter nya
kalau rasa amount tu cikai celah gigi serdak roti apa jgn le amik..

ke yg dok menganjing2 ni dia yg paling awal tebus and spen
Quote Highflyer19 5-12-2023 02:51 PM
“Boleh makan setahun,” kata seorang individu dengan komen berbaur perlian…sebut betul2 takut teringat agus pulak
Quote adizero11 5-12-2023 02:59 PM
Macam mana yer kalau org yg betul2 susah nak claim EMadani ni..org2 tua di kampung lg..org yg celik IT pn tak berjaya claim..rakyat plak kena mngemis dgn kerajaan
Quote annabellaruz2 5-12-2023 03:00 PM
Iols yg M40 yg selalu terpinggir sebagai penerima apa2 bantuan kerajaan, bersyukur sangat sebab dah dapat RM100 tu smlm. Petang ni iols nak gi Speedmart beli beras 10kg, 2 kampit.
Lepas la utk sampai hujung bulan.
So peruntukan utk beras tu iols boleh simpan utk kegunaan beli barang lain.
Apalah mentaliti buruk individu yg mengambil bantuan tp lepas tu mengutuk pemberi bantuan?
Jgn pernah lupa, eMadani ni umpama rezeki daripda Allah tetapi disampaikan melalui kerajaan Madani.
Quote asamfish 5-12-2023 03:03 PM
annabellaruz2 replied at 5-12-2023 03:00 PM
Iols yg M40 yg selalu terpinggir sebagai penerima apa2 bantuan kerajaan, bersyukur sangat sebab dah  ...

mashallah...god bless you!  amin ya rabb

Quote asamfish 5-12-2023 03:04 PM
m40 yg dok komplen2, mesti cukup duit untuk parking kereta kat trx bldng sambil2 jalan2 cari makan kat food court situ
Quote annabellaruz2 5-12-2023 03:09 PM
asamfish replied at 5-12-2023 04:03 PM
mashallah...god bless you!  amin ya rabb

Thanks uols...

Quote annabellaruz2 5-12-2023 03:11 PM
asamfish replied at 5-12-2023 04:04 PM
m40 yg dok komplen2, mesti cukup duit untuk parking kereta kat trx bldng sambil2 jalan2 cari makan k ...

hurmm...bila diberi kesempatan, laju jer ambik kesempatan.
Tp bila dh dpt kesempatan tu, tak bersyukur pulak.


Quote prettyuglybabe 5-12-2023 03:15 PM
cikatilia replied at 5-12-2023 02:50 PM
bitter nya
kalau rasa amount tu cikai celah gigi serdak roti apa jgn le amik..

biasanya gitu la..
kutuk-kutuk acah macam tak heran konon berduit..
belakang-belakang dia sakau dulu..
Quote Buritan 5-12-2023 03:15 PM
cikatilia replied at 5-12-2023 02:50 PM
bitter nya
kalau rasa amount tu cikai celah gigi serdak roti apa jgn le amik..


Sejenis tak bersyukur.. laki aku masuk grup bebudak uum kelate lg rupe celakee.. semua tak elok.. rasuah.. sejak dr hari tuu wpun aku takkk suke pemimpin pkr umngok semua ni tp aku lg benci parti lobaiiii..
Quote airmineral 5-12-2023 03:46 PM
m40 tu xsedar diri ke dia layak claim? haha
Quote otai_g 5-12-2023 03:48 PM
Biasa lah puak2 yg x reti bersyukur ni akan sentiasa Ada.
Quote talapia 5-12-2023 03:55 PM
M40 mane tu yang buta hati? Selama ni melalak kemain M40 dianaktiri tak dapat bantuan itu ini.. ni dapat 100 perlekeh pulak. Kalau dah tau 100 tu celah gigi kau je.. yg kau gatal pegi apply kenapa? Tu bukan automatik masuk account. Kena apply la baghal!

Aku pon M40 jugak.. seriously aku happy n bersyukur sangat dapat 100 ni.. suami isteri dah dapat 200.. oi besar tau value 200 tu.. beli beras.. lauk2.. dapatla jimat walau x cukup utk stok sebulan. belajarla bersyukur dari takde.

Kalau x selama ni.. segala bantuan.. kira isi rumah.. laki bini keje.. dah tak dapat. Walhal laki bini kena keje sebab tak cukupla.. tu pasal bini pon keje. Kalau laki dah lebat.. acik tak yah keje dah oi.. goyang kaki jadi tai tai je..
Quote kemaruk 5-12-2023 03:57 PM
Mungkin orang yang sama kutuk bantuan br1m dulu?
Quote Clan204 5-12-2023 04:00 PM
yg dapat bagus la... guna sebaik mungkin... yang tak dapat jgn iri hati...
Quote Orangkaya99 5-12-2023 04:05 PM
aku wat beli brg dapo.. syukur lah.. blh beli ikan jenahak gitu
Quote Buritan 5-12-2023 04:07 PM
annabellaruz2: Iols yg M40 yg selalu terpingg ...


Ontahlee sis..sbb tuu mcm mcm azab.. tak bersyukur.. nak duit sejuta kot baru bersykur
Quote mizzmimi 5-12-2023 04:12 PM
Time tak dapat tax exemption tak layak brim btr kemain melalak..
Quote Mary_jane 5-12-2023 04:13 PM
Terpaling nikmat serba serbi.

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.133816 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top