Kangar: Dua beranak cedera selepas dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat ketika cuaca hujan. Kejadian berlaku jam 7 petang, mangsa Nor Lelawati Abu Bakar, 39, mengalami trauma, manakala anaknya, Muhamad Azizul Jaafar, 8, cedera.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Nor Lelawati dikatakan ingin mengambil anaknya dari rumah jiran. "Ketika kedua-dua beranak itu sedang berjalan pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari rumah jirannya itu, terdengar dentuman kuat di langit sebelum keduanya dipanah petir. "Mangsa yang ditemui jiran dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan pakar kulit," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, Muhamad Azizul mengalami kesan terbakar hampir seluruh badan manakala Nor Lelawati pula hanya mengalami trauma.
Siasatan terhadap kejadian masih diteruskan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Kitty_catz replied at 5-12-2023 04:22 PM
naseb tak meninggal you
perghlih tu dah la 8 org je.. kang tinggal 6 orang
kucingitam replied at 5-12-2023 04:34 PM
apa puncanya kes perlis 8 org ni eh...
kucingitam replied at 5-12-2023 04:34 PM
apa puncanya kes perlis 8 org ni eh...
otai_g replied at 5-12-2023 04:45 PM
Itu metafora je la bang. Adeh. Kena upgrade processor abg ni.
Kitty_catz replied at 5-12-2023 04:53 PM
punchahhnyehh sbb kocik aje
tu yg org kata perghlih ada 8 org jurrrrr
kucingitam replied at 5-12-2023 04:59 PM
ooooo ahaha.. baru paham..tq2
ADVERTISEMENT