CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Berdepan Kes Misteri, Jumpa Wanita Tua Depan Restoran Dah Tutup, "Aunty Kata Masih Buka, Ada Amirul Kat Dalam”

5-12-2023 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5027| Komen: 21

Seorang anggota polis terserempak dengan seorang wanita lanjut usia yang sedikit janggal perwatakannya ketika membuat rondaan malam.

Dia dilihat duduk berseorangan dalam kegelapan malam di bahagian anjung luar sebuah restoran yang sudah ditutup.


"Aunty, you buat buat apa dekat sini? Terkejut saya tengok. Selalu ke duduk sini?" soal anggota polis tersebut.


Foto: mStar

Menurut anggota polis itu, kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi dan lokasinya dirahsiakan.

Apa yang paling mengejutkan apabila warga emas tersebut memberitahu restoran itu sedang dibuka walaupun ia jelas kelihatan tidak beroperasi.

"Kedai ini buka, pergi la tengok dekat dalam. Ada dua orang perempuan dan seorang lelaki, nama dia Amirul.

"Saya lepak je dengan budak-budak di sini. Bos kedai tak marah pun, saya tolong sekali jaga tempat ni," kata wanita itu yang dipercayai berusia 56 tahun dan tidak mempunyai anak.


Tambah anggota polis itu lagi, warga emas berkenaan sangat peramah dan turut mengajaknya bersantai di restoran tersebut.

"Saya tak mahu la aunty lepak dekat sini, kedai ni tutup saya dah tengok. Dekat dalam pun tak ada sesiapa, saya tak nak masuk kedai.

"Jom la aunty saya hantar you balik," kata anggota polis tersebut yang mula berasa tidak sedap hati.

Namun begitu, wanita berkenaan sopan menolak pelawaan anggota polis itu untuk menghantarnya pulang.

Setelah tidak 'makan' pujukan, anggota polis itu terpaksa meninggalkannya untuk meneruskan rondaan, tetapi sekembalinya ke lokasi sama 10 minit kemudian, dia sudah tiada.

Di ruangan kapsyen, dia mengakui timbul rasa gentar dalam diri namun perasaan itu diketepikan kerana sedar sedang menggalas amanah menjalankan tugas.

"Betulkan niat yang paling utama, tetap tenang menghadapinya. Saya harap aunty yang saya tegur tu wujud dan bukan khayalan semata.

"Mungkin Amirul itu selalu membantu aunty dan dua perempuan tu selalu menjaganya sehingga aunty itu tidak lupa kepada mereka.

"Pesanan untuk diri sendiri, walau apa pun kehidupan seseorang itu, kita tidak boleh merendahkannya kerana dunia ini berputar.

"Tiada kebaikan yang kita boleh peroleh dengan merendahkan orang di sekeliling," ujar anggota polis itu menutup bicara.

Di ruangan komen warga maya berpandangan sebagai anggota penguatkuasa, seseorang itu sudah tentunya tidak dapat lari daripada kes atau kejadian aneh.

"Paranormal memang sentiasa ada dengan kita, waktu aunty tu cakap ada orang dalam kedai, saya macam nampak ada bayang dekat pintu.

"Aunty tu sebut je nama Amirul, saya terus rasa meremang satu badan.

"Abang polis, ini saya kongsi amalan sebelum bertugas malam, amalkan Bismillah lima kali dengan doa tawakal," demikian antara komen warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 5-12-2023 10:54 AM
try esok g semula tempat sama pada waktu yg sama
tgk wujud ke tak aunty tu
Quote electricopop 5-12-2023 11:00 AM
Alam misteri ni...
Quote otai_g 5-12-2023 11:03 AM
Ada je kedai makan yg kat luar nmpk tutup tp kat dlm meriah. Ni stock2 underground. Members only can enter.
Quote Thunderclouds 5-12-2023 11:09 AM
Mstar ni mastika bsalin kulit ka?
Quote sayurmayur88 5-12-2023 11:09 AM
mastika online..
Quote Kitty_catz 5-12-2023 11:12 AM
aunty tu onggiler kut

Quote TOPwind 5-12-2023 11:26 AM
Nyonya  tua di panggil Aunty

kononya bersopan jika panggil nyonya tua.

bangsa ni panggil melayu orang malas dan bodoh.

Quote shamsadis 5-12-2023 11:29 AM
takder misteri pun, takder rumah atau mental
Quote linb 5-12-2023 01:05 PM
Kedai Amirul ni kat mana? Berita macam takde details nya
Quote VespaSilbe 5-12-2023 01:17 PM
Semalam baru kawan cerita.. lebih kurang gini gak.. tapi kedai pomen.. tayar pancit siap tlg buhkan angin .. pukul 1 pagi..  esok tu google rumah buruk
Quote Decaffeinated 5-12-2023 01:25 PM
Either aunty tu atau polis ni yang berhalusinasi. Pick one.

Apa yang misterinya?
Quote Decaffeinated 5-12-2023 01:30 PM
TOPwind replied at 5-12-2023 11:26 AM
Nyonya  tua di panggil Aunty

kononya bersopan jika panggil nyonya tua.

Boleh ja panggik makcik kenapa tak panggil?
Sebab melayu rasa perlu nak differentiate yang 'non' from them - nak wish pun siap buat ayat semekom untuk yang isle, salam sejahtera untuk yg kapir. Sambil tu ada hati berangan nak bahasa melayu jadi bahasa ASEAN, nasib baik indon bangkang



Quote pocongkiutss 5-12-2023 03:44 PM
Cm kt pj tmpt ni..nmpk ada org promote kt fb..tp tak penah nmpk bgnn ni
Quote antikorok 5-12-2023 06:04 PM
Letaklah vid sekali kalau berita gini.

Nahhhhh. Video bagi yg nak tengok

[tiktok]7307967552641092865[/tiktok]
Quote mojarean_X 5-12-2023 07:23 PM
antikorok replied at 5-12-2023 06:04 PM
Letaklah vid sekali kalau berita gini.

Nahhhhh. Video bagi yg nak tengok

Mak cik ni ke atau polis tu yg tgh hisap rokok?
Quote Samerosie 5-12-2023 07:39 PM
Ujung2 kena game acik tu look out person, belakang anak ke siapa mencuri dlm kedai tu sbb dok suruh polis pergi ke depan lagi.  Patah balik mmg la dah tak de dah cabut.
Quote antikorok 5-12-2023 10:34 PM
mojarean_X replied at 5-12-2023 07:23 PM
Mak cik ni ke atau polis tu yg tgh hisap rokok?

Tulah. Terfikir gak. Macam berkebok asap tu datang drpd arah camera jahh

Ataupun asap misteri nusantara
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:43 PM

Quote boo00 16-11-2024 04:22 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042703 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top