CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peduduk Setapak Rimas- Makin Ramai Peniaga Pasang Khemah Di Kaki Lima, Kacau Pejalan Kaki

5-12-2023 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4471| Komen: 11

KUALA LUMPUR – Semakin ramai peniaga selamba memasang khemah di lima hingga mengganggu pejalan kaki membuatkan penduduk di sekitar Jalan Air Panas, Setapak di sini rimas.

Menerusi video yang dikongsikan penduduk setempat, terdapat empat buah khemah gerai yang dinaikkan menjual nasi berlauk.


Foto: Kosmo

Peniaga masih terus membuka khemah secara haram di kaki lima walaupun sudah dilarang pihak berkuasa.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan notis ke atas ke atas restoran yang meletakkan kerusi dan meja di laluan pejalan kaki kerana perkara ini menghalang laluan pejalan kaki sekali gus membahayakan keselamatan pelanggan.

Notis yang dikeluarkan adalah di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu meletakkan sesuatu barang atau benda yang digunakan berhubungan dengan perniagaannya di mana-mana tempat awam. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 5-12-2023 11:43 AM
mmg susah le kan nak jalan nak kena jalan together2 dgn kereta motor... dah la kereta semua gerak mcm syaiton.
Quote LadyCarefree 5-12-2023 11:48 AM
Patut semua PBT saman dan kalau dah saman pun xjalan, angkut je semua barang dan humban ke pelupusan sampah sana. iols memang anti dgn peniaga gini.
Quote laqoyah 5-12-2023 12:11 PM
Tak guna bina pencakar langit....hujung2 macam Mini Dhaka jugak!!
Quote Perwira2022 5-12-2023 12:13 PM
Di belakang tu ada la rasuah politician2 Madanon... Kalau tidak takkan PBT takut nak ambik tindakan.  DAP, PKR, PAN, UMNO sama je... Geng peliwat kawan dgn geng Penyamun.
Quote white_musk 5-12-2023 12:17 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2023 11:48 AM
Patut semua PBT saman dan kalau dah saman pun xjalan, angkut je semua barang dan humban ke pelupusan ...

susah juga tu dik kerana netizen puaka akan kecam juga,  
ayat "penguasa berani dengan melayu saja, peniaga warga aseng boleh berniaga ikut suka hati penguasa tak ganggu pun"



Quote jejaka_hensem 5-12-2023 12:23 PM
white_musk replied at 5-12-2023 12:17 PM
susah juga tu dik kerana netizen puaka akan kecam juga,  
ayat "penguasa berani dengan melayu saja ...

Melayu teraniaya di bumi sendiri
Quote pasa 5-12-2023 12:26 PM
Perwira2022 replied at 5-12-2023 12:13 PM
Di belakang tu ada la rasuah politician2 Madanon... Kalau tidak takkan PBT takut nak ambik tindakan. ...

Masa PAS kawan dgn DAP dulu bagus kan. tak ada khemah kene tolak kat kelantan meniaga haram tepi jalan hamdulillah
Quote wallame 5-12-2023 02:04 PM
Perwira2022 replied at 5-12-2023 12:13 PM
Di belakang tu ada la rasuah politician2 Madanon... Kalau tidak takkan PBT takut nak ambik tindakan. ...

macamla pas tu suci murni...
Quote Nurdianah 5-12-2023 09:13 PM
Level Port Dickson....lambert lah lagi nak lawan Spore dik
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 12:10 AM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:43 PM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.032852 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top