Kuala Lumpur: Selari dengan usaha untuk merancakkan ekonomi negara, kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula 2024. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sudah menyemak dan menjelang tahun depan, ia dijangka akan direalisasikan.
"Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil dan saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti. "Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), di sini, hari ini. Fahmi berkata, dua perkara ini penting memandangkan tahun hadapan adalah tahun yang penting yang mana ekonomi mula rancak dengan pelbagai pelaburan diperoleh pada tahun ini.
"Jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses," katanya. Menyentuh mengenai dakwaan kecekapan penjawat awam semakin berkurangan, beliau menafikan perkara itu memandangkan pelbagai isu boleh timbul antaranya beberapa sistem tertentu perlu dinaik taraf bagi mengelakkan perkara itu berlaku. "Dalam masa yang sama, kadang-kadang isu bajet dan masa juga boleh berlaku, jadi individu yang bertanggungjawab perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami yang mana kecekapan dan intervensi boleh diperbaiki. "Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku yang mana projek tidak berjalan dengan lancar hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mizruncing replied at 4-12-2023 03:23 PM
hujung tahun depan kann. lambertttt lagi. tu pon klu lulus bajet tahun depan kot
wirazam replied at 4-12-2023 03:29 PM
Bajet tahun lepas dah bentang kan..Bulan 3 tahun depan staf gomen dapat durian runtuh...raya sakan ...
Buritan replied at 4-12-2023 03:34 PM
Mana ade sis oii.. laki aku yg gred 52 ni pun cukup cukup ajee . Aku ni walaupum tak keje perah tena ...
mizruncing replied at 4-12-2023 03:32 PM
means bajet tahun 2025 yg akan dibentang ujung tahun 2024.. sbb pmx ade ckp dia akan kaji gaji/ela ...
Suchi replied at 4-12-2023 03:51 PM
Uols kan ada 100 dlm asb
pokokmeranti replied at 4-12-2023 04:03 PM
naik gaji gomen ini bukan bermakna semua harga barang naik....sbb selama ini harga barang tetap akan ...
xy_daen replied at 4-12-2023 05:21 PM
Biarlah gomen naik gaji. Orang gomen ni bukan pandai simpan duit pun. Bagi banyak mana tetap habis d ...
Buritan replied at 4-12-2023 04:36 PM
Mmg lee ade tp aku anggap takde sbb nak guna bila betul betul terdesak je
seri_mawr replied at 4-12-2023 05:28 PM
org gomen x simpan duit sbb depa ada income sampai masuk kubur...
pastu sambuung lak ke isteri....p ...
ADVERTISEMENT