CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Burger Nyamuk 7 Kali Ganda Lebih Banyak Protein Berbanding Burger Lembu

4-12-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9720| Komen: 15

CAPE TOWN, Afrika Selatan – East Coast Radio melaporkan, jumlah protein yang terkandung di dalam patti burger nyamuk adalah tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding patti daging lembu.

Kira-kira 500,000 nyamuk diperlukan untuk menghasilkan sekeping patti daging nyamuk yang dijadikan sebagai makanan harian oleh segelintir penduduk di Afrika.


Menurut laman perkongsian Reddit, burger nyamuk adalah makanan istimewa yang sangat kaya dengan protein berbanding daging lembu.


Foto: Youtube

Bagi individu yang tidak boleh makan daging, mereka digalakkan mencuba alternatif patti daging nyamuk untuk mendapatkan sumber protein mencukupi.

Bagaimanapun, tiada pendedahan dibuat mengenai implikasi kesihatan berhubung pengambilan hidangan itu. 

Seorang pengguna Reddit bagaimanapun mendakwa dia pernah merasa daging nyamuk dua tahun lalu.

“Saya makan makanan ini ketika bekerja di sebuah ladang di Mozambique, ia agak hambar,” komen pengguna tersebut. – CARI


Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwasemangat 4-12-2023 04:23 PM
Kenapa nak makan protein banyak²..  gemok dan sudah ber lebih² an dlm badan.
Quote pokokmeranti 4-12-2023 04:40 PM
jiwasemangat replied at 4-12-2023 04:23 PM
Kenapa nak makan protein banyak²..  gemok dan sudah ber lebih² an dlm badan.

gemok tu rakyat Malaysia, yg afrika kurus2 kelaparan
Quote dua_chzy 4-12-2023 04:49 PM
pokokmeranti replied at 4-12-2023 08:40 AM
gemok tu rakyat Malaysia, yg afrika kurus2 kelaparan

Mana hada kurus2 rakyat Afrika. Ramai wanitanya gemok gedempol or badan sedap2 berair. African gene.
Quote pokokmeranti 4-12-2023 04:53 PM
dua_chzy replied at 4-12-2023 04:49 PM
Mana hada kurus2 rakyat Afrika. Ramai wanitanya gemok gedempol or badan sedap2 berair. African gen ...

i pernah tgk video lama dah pasal burger nyamuk nie. mmg dalam video tu penduduk setempat ada isu kekurangan makanan. idea burger nyamuk sbb mereka xde makanan dan masalah nyamuk yg sgt teruk. mereka tangkak nyamuk pun guna jaring je.
Quote dua_chzy 4-12-2023 04:57 PM
pokokmeranti replied at 4-12-2023 08:53 AM
i pernah tgk video lama dah pasal burger nyamuk nie. mmg dalam video tu penduduk setempat ada isu  ...

Bukan semua tempat kebuluran di Afrika tu. Macam Maghribi tu aman damai gemuk elok ja hidup rakyatnya. Aku pun pernah tengok dokumentari pasal burger nyamuk ni. Yang ditayang rakyat (negara apa ntah) yang hidup susah di kampung jah. Kesian Afrika. Macam hina sangat benua tu sebab menda bagus2 dari Afrika, media tak minat nak propahgandakan.
Quote sharlenetexas 4-12-2023 05:00 PM
dua_chzy replied at 4-12-2023 04:49 PM
Mana hada kurus2 rakyat Afrika. Ramai wanitanya gemok gedempol or badan sedap2 berair. African gen ...

Sudan, somalia kurus tinggi. Datang Malaysia jadi gemuk.


Quote dua_chzy 4-12-2023 05:03 PM
sharlenetexas replied at 4-12-2023 09:00 AM
Sudan, somalia kurus tinggi. Datang Malaysia jadi gemuk.


Nigerian gemuk2 berisi blako sebelum dan selepas datang Malaysia.
Quote Samerosie 4-12-2023 05:07 PM
Gambar artikel rupa belacan.
Quote Zazama 4-12-2023 09:57 PM
Eeeeeeeeee????!!!
Quote ninja boy 4-12-2023 10:06 PM
Org gemuk murah rezeki kerana sentiasa ada stok makanan
Quote brego 4-12-2023 10:07 PM
eat ze bugs
Quote KamikuP 5-12-2023 04:20 PM
Puteri Gunung Ledang mesati suka burger ni
Quote antikorok 5-12-2023 04:54 PM
Edited by antikorok at 7-12-2023 04:11 PM

Pokcik Klaus dan WEF promoter serangga baek huntok anda tersenyum sinisss wicked namampos


Sign in

Why we need to give insects the role they deserve in our food systems
https://www.weforum.org/agenda/2 ... n-our-food-systems/


[twitter]https://twitter.com/wef/status/809424034169581568[/twitter]





"Anda tidak akan memiliki apa-apa, dan anda akan berasa gembira mengenainya"

Quote ipes2 7-12-2023 01:51 AM
antikorok replied at 5-12-2023 04:54 PM
Pokcik Klaus dan WEF promoter serangga baek huntok anda tersenyum sinisss wicked namampos

yarrrrrr
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:45 PM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.151529 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top