CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Bagi Hint Gaji Penjawat Awam Dan Elaun Pesara Meningkat Bermula 2024?

4-12-2023 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16964| Komen: 167

Description: Kuala Lumpur: Selari dengan usaha untuk merancakkan ekonomi negara, kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula 2024.
Kuala Lumpur:  Selari dengan usaha untuk merancakkan ekonomi negara, kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula 2024.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sudah menyemak dan menjelang tahun depan, ia dijangka akan direalisasikan.



Foto: Harian Metro

"Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil dan saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.

"Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), di sini, hari ini.

Fahmi berkata, dua perkara ini penting memandangkan tahun hadapan adalah tahun yang penting yang mana ekonomi mula rancak dengan pelbagai pelaburan diperoleh pada tahun ini.


"Jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses," katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan kecekapan penjawat awam semakin berkurangan, beliau menafikan perkara itu memandangkan pelbagai isu boleh timbul antaranya beberapa sistem tertentu perlu dinaik taraf bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

"Dalam masa yang sama, kadang-kadang isu bajet dan masa juga boleh berlaku, jadi individu yang bertanggungjawab perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami yang mana kecekapan dan intervensi boleh diperbaiki.

"Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku yang mana projek tidak berjalan dengan lancar hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 4-12-2023 03:23 PM
hujung tahun depan kann. lambertttt lagi. tu pon klu lulus bajet tahun depan kot
Quote wirazam 4-12-2023 03:29 PM
mizruncing replied at 4-12-2023 03:23 PM
hujung tahun depan kann. lambertttt lagi. tu pon klu lulus bajet tahun depan kot

Bajet tahun lepas dah bentang kan..Bulan 3 tahun depan staf gomen dapat durian runtuh...raya sakan lar diaorg...sambil drive  tayang keter x70,x50, x90 Dan s70...honda Dan Toyota?? Itu second car je kan .
Quote kucingkarate 4-12-2023 03:30 PM
ye la...gaji & elaun kerajaan naik maknanya harga barang naik.
kami yg keje swasta gaji tahap marhean & yg keje kampung ning, lps ni mampu tgk je la semua barang. tak mampu nk beli
Quote mizruncing 4-12-2023 03:32 PM
wirazam replied at 4-12-2023 03:29 PM
Bajet tahun lepas dah bentang kan..Bulan 3 tahun depan staf gomen dapat durian runtuh...raya sakan ...

means bajet tahun 2025 yg akan dibentang ujung tahun 2024.. sbb pmx ade ckp dia akan kaji gaji/elaun penjawat awam n akan putuskan disember tahun depan
Quote Buritan 4-12-2023 03:34 PM
Mana ade sis oii.. laki aku yg gred 52 ni pun cukup cukup ajee . Aku ni walaupum tak keje perah tenaga cari duit jugak.. nak merasa bercuti tido hotel mewah time somi pi kusus baru le merasa hotel mewah itupun sbb numpang bilik dia.. mkn pi laa mkn warung tepi jln.. semua org susah.. anak anak nak sekolah.. aku dah start ajar anak anak aku kalo kena pakai baju ikut tema mcm kena pakai stail eksekutif kaa berlari aku ke kedai bundle cari baju.. tak kose aku ngabiskan duit beli baju baru..
Quote Suchi 4-12-2023 03:51 PM
Buritan replied at 4-12-2023 03:34 PM
Mana ade sis oii.. laki aku yg gred 52 ni pun cukup cukup ajee . Aku ni walaupum tak keje perah tena ...

Uols kan ada 100 dlm asb
Quote isseliparjepun 4-12-2023 03:55 PM
I bet penjawat awam pun ada kekangan sendiri, naiklah gaji macam mana pun. Pokok pangkal semua orang pun ada susah masing masing. Setakat dapat 2k lepas tu nak bawak kereta baru, kita tengok tara mana deme bertahan.

Setakat yang I dah dengar dari spouse I, colleagues dia yang jenis pakai kereta cc 2.0 ke atas garu kepala time nak tukar tayar, service dengan road tax/insuran. Sendiri cari penyakit kan.
Quote sayurmayur88 4-12-2023 03:58 PM
alhamdulillah , syukur ke atas Allah.
berita baiklah bg ptd gred M44 mcm iolls ni
Quote pokokmeranti 4-12-2023 04:03 PM
naik gaji gomen ini bukan bermakna semua harga barang naik....sbb selama ini harga barang tetap akan naik secara melampau. cuma i perasan klu gaji naik ada peluang la staf gomen nak tukar kereta lama, beli rumah. belum pernah lagi dengar gaji gomen naik akan menyebabkan harga kete turut naik.
Quote pokokmeranti 4-12-2023 04:05 PM
mizruncing replied at 4-12-2023 03:32 PM
means bajet tahun 2025 yg akan dibentang ujung tahun 2024.. sbb pmx ade ckp dia akan kaji gaji/ela ...

mesti melalui pembentangan bajet ke? zaman pak lah dulu melalui bajet juga ke? so, staf gomen xboleh la kerajaan madani ditebuk oleh PN. sekali bertegur semua kena kaji dahulu...
Quote Buritan 4-12-2023 04:36 PM
Suchi replied at 4-12-2023 03:51 PM
Uols kan ada 100 dlm asb

Mmg lee ade tp aku anggap takde sbb nak guna bila betul betul terdesak je
Quote Samerosie 4-12-2023 05:11 PM
Camne kerja dalam gambar tu sambil peluk bantal.  Pelik nau tak ergo sungguh.
Quote caprut 4-12-2023 05:18 PM
pokokmeranti replied at 4-12-2023 04:03 PM
naik gaji gomen ini bukan bermakna semua harga barang naik....sbb selama ini harga barang tetap akan ...

Still naik. Sbb purchasing power org gomen tggi xpyah fkir kena tolak gaji ke apa
Quote xy_daen 4-12-2023 05:21 PM
Biarlah gomen naik gaji. Orang gomen ni bukan pandai simpan duit pun. Bagi banyak mana tetap habis dibelanja. Untung kepada ekonomi domestik juga. Pengusaha kedai makan, car dealer, hotel, semua merasa kesan limpahan ekonomi.
Quote seri_mawr 4-12-2023 05:28 PM
xy_daen replied at 4-12-2023 05:21 PM
Biarlah gomen naik gaji. Orang gomen ni bukan pandai simpan duit pun. Bagi banyak mana tetap habis d ...

org gomen x simpan duit sbb depa ada income sampai masuk kubur...
pastu sambuung lak ke isteri....pastu isteri mati sambung lak ke anak first selagi x cecah 18 tahun...
so depa x de saving pun family boleh survive walau depa dah masuk kubur...huhu
Quote Suchi 4-12-2023 05:29 PM
Buritan replied at 4-12-2023 04:36 PM
Mmg lee ade tp aku anggap takde sbb nak guna bila betul betul terdesak je

Bagus bagus
Dividen pun uols tak kuar juga kan?

Atleast ada simpanan kecemasan yg bebetul utk kecemasan.
Quote nw111 4-12-2023 05:45 PM
seri_mawr replied at 4-12-2023 05:28 PM
org gomen x simpan duit sbb depa ada income sampai masuk kubur...
pastu sambuung lak ke isteri....p ...

Betul2...tu yg depa tak heran nk spend gaji sampai habis...i tgk my friends yg keje gomen mmg melaram bab baju and kereta...
Quote Catpaw 4-12-2023 05:50 PM
Baguslah tu, cuti taknak tambah, 3 haari seminggu sekalik la ngan swasta setahun 40 hari baru lah hidupppp bangnonnnn madani
Quote Kitty_catz 4-12-2023 06:15 PM
so makin gemuk la acik2 gomen lepas dapat bonus and kenaikan gaji ekk

apa kata invest la beli kasut jogging ka hiking ka for a change

bawak2 la kurus pulak

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049557 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top