CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedekah Baju Kepada Orang Susah, Elak Bertelanjang Di Padang Mahsyar Kelak

4-12-2023 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10062| Komen: 4

PETALING JAYA –Ustaz Azhar Idrus berkata, umat manusia bakal dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak dalam keadaan berbogel kecuali empat golongan, salah satunya adalah para nabi.

Katanya salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada tidak berpakaian di akhirat kelak adalah dengan mendermakan pakaian kepada orang yang memerlukan.


Ulasnya, perkara demikian bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian akan dikumpulkan menuju Allah SWT dalam keadaan tidak memakai kasut, bertelanjang dan tidak berkhatan.


Foto: Kosmo

“Ada empat golongan yang tidak bertelanjang pada hari kiamat. Para nabi, orang yang meninggal dalam keadaan syahid, orang yang dalam ihram dan juga orang yang menyedekahkan baju kepada orang lain.

“Orang yang mati dalam ihram akan bangun dengan memakai ihram. Orang mati syahid pula akan bangun dengan memakai pakaian tenteranya mengikut zaman masing-masing.


“Tetapi kita telanjang, tok imam telanjang, tok siak pun telanjang, semua telanjang,” ulasnya.

Tambah Ustaz Azhar, segala harta yang kita peroleh di dunia hanyalah bersifat sementara.

Namun, sekiranya ia dibelanjakan dalam jalan Allah SWT, ia bakal menjadi harta kita di akhirat kelak.

“Kita nak tak telanjang? Jika tidak mahu, sedekahlah baju kepada orang yang masih hidup.

“Dapat gaji, guna RM100 untuk beli tiga pasang pakaian, beri pada orang miskin. Maka kita akan berpakaian di hari akhirat.

“Apa yang kita pakai di dunia akan jadi kain buruk, yang dimakan akan jadi tinja tetapi apa yang didermakan akan jadi harta kita di akhirat,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:46 PM

Quote boo00 16-11-2024 04:26 AM
Do you want me to?

Quote boo06 28-11-2024 08:22 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝



Quote boo04 10-12-2024 01:25 PM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.053146 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top