CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Gaji RM1,500- Isteri Ikat Perut Tengah Bulan, Anak Kecil Hanya Makan Bubur Kosong

4-12-2023 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10247| Komen: 49

Description: Seorang suri rumah mendedahkan suaminya hanya dibayar gaji sebanyak RM1,500 sebulan.
Seorang suri rumah mendedahkan suaminya hanya dibayar gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, perubahan sistem di tempat kerja menyebabkan gaji suaminya semakin berkurang, ditambah lagi dengan pelbagai komitmen bulanan.


Gambar Hiasan

"Saya suri rumah sepenuh masa. Suami kerja gaji RM1,500 sebulan. Sebelum ini gaji RM2,300 sebab ada overtime (OT). Tapi selepas raya, OT tempat kerja suami dihentikan.

"Gaji yang RM1,500 sekarang ni berkurang sebab tolak advance, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bil elektrik.

"Sejak itu, suami saya macam serabut memikirkan duit nak sampai hujung bulan. Sebelum ni saya selalu minta belanja nak shopping dekat Shopee, sekarang tidak ya sebab aku faham situasi dia," ujarnya.

Menurut pengadu, kos sara hidup turut meningkat apabila mereka mempunyai seorang cahaya mata yang kini berusia setahun sembilan bulan.


Sampai satu tahap katanya, dia dan suami terpaksa menjual barangan dalam rumah untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan.

"Kami ada seorang anak perempuan. Selalu juga belikan baju dan mainan untuk anak. Tapi sekarang kami dah tak beli baju atau mainan untuk dia. Kami sampai jual telefon, sofa dan barang emas sebab nak sara hidup ni.

"Saya okay je, InsyaAllah boleh terus memahami suami. Cuma saya kesian tengok suami serabut fikirkan nak belikan saya dan anak itu ini. Kadang belum sampai hujung bulan kena catu makanan. Nasib baik anak okay je makan bubur kosong tiap hari," ceritanya lagi.

Tambah wanita itu, dia pernah meluahkan hasrat untuk bekerja bagi membantu ekonomi keluarga, namun suaminya tidak memberi keizinan.

Enggan berputus asa, wanita itu berkata dia kini mahu berjinak-jinak dengan perniagaan dengan harapan nasib mereka dapat berubah tidak lama lagi.

"Saya nak kerja tapi dia tak bagi. Sekarang saya tengah cuba join kakak ipar buat bisnes. Harap saya boleh tolong suami sikit. Saya bangga je dengan suami walaupun dia kerja biasa dan gaji tak besar.

"Minta suami doakan ya. Saya nak suami saya gembira tanpa serabut memikirkan mana nak cari duit untuk sara hidup kami yang sederhana ni. Tak minta untuk hidup mewah, cuma mahukan sentiasa cukup sampai hujung bulan," ujar wanita itu lagi.

Ramai ibu bapa berdepan cabaran membesarkan anak ekoran keadaan ekonomi hari ini. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, netizen memuji wanita itu yang sanggup berusah-payah menjalani kehidupan dengan suaminya, malah ramai yang turut mendoakan rezeki mereka sekeluarga.

"Semua perempuan ada otak. Tapi tak ramai yang menggunakannya macam kakak ini. Tahniah akak.

"See guys, masih ada ya perempuan yang boleh susah senang dengan lelaki. Tak semua perempuan mata duitan.

"Isteri idaman ni. Tak mengeluh malahan membantu bebanan suami," tulis netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 4-12-2023 12:47 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini
Quote kalchi 4-12-2023 12:52 PM
Lakinye alasan apa tak kasi wife keje. Lulus SPM pon bole keje mcm mcm bang.
Quote shamsadis 4-12-2023 12:56 PM
suami kena buat part time + isteri kena tambah pendapatan
Quote zehra2 4-12-2023 12:59 PM
kalo kita tk boleh bekerja keluar rumah. kerja je dirumah. tu ler kerja nya. amik upah jaga anak asuhan.. sambil jaga anak sendiri
Quote Decaffeinated 4-12-2023 01:12 PM
kalchi replied at 4-12-2023 12:52 PM
Lakinye alasan apa tak kasi wife keje. Lulus SPM pon bole keje mcm mcm bang.

anak.

nak kerja pun pakai duit, kalau gaji tak seberapa silap2 nak bayar babysitter pun tak lepas.

Quote shernazz 4-12-2023 01:21 PM
Wife boleh niaga kecik2 MCM buat kuih atau menjahit
Amek loan amanah ikhtiar
Quote mejaputih 4-12-2023 01:27 PM
the wife boleh buat biz dari rumah...sbb nk kerja luar takut tak berbaloi nk byr pengasuh dgn kos pengangkutan lg...
Quote Dysania@72 4-12-2023 01:30 PM
Semoga dipermudahkan urusan dan dibukakan pintu rezeki
Quote electricopop 4-12-2023 01:48 PM
Semoga dimurahkan rezeki dan jangan berhenti berusaha untuk yang lebih baik.
Quote azimodin 4-12-2023 02:08 PM
Nak suruh wife kerja pon macam x balik modal sebab daycare mahal bebenor sekarang ni. Anak aku transit half day dengan kelas fardhu ain je dah dekat 400. Tu belum lagi OT kalau jemput lepas pukul 6. Annual free day care/tadika sekarang pon dah macam yuran uni. Cuma aku harap laki dia cari la part time & izinkan la wife dia buat bisnes kecik2 kat rumah.
Quote prettyuglybabe 4-12-2023 02:54 PM
bini boleh je buat kerja mengasuh anak..
dah alang-alang dorang pun ada anak kecik kan..
tak payah la amik ramai..
amik 2 orang pun cukup..
kalau sorang upah rm300, 2 orang dah rm600 bersih..
Quote airmineral 4-12-2023 03:07 PM
pemilihan kerja pun main kan peranan sbb pengasuh mahal ya
kalau boleh kerja dari rumah, usahakanlah
kesian kat anak
Quote wirazam 4-12-2023 03:12 PM
Citer hasanah mcm ni..but time Ramadhan baru masyukkkk sikit..masukkan no acc juga ye..rakyet meaia mmg Kaya Raya Dan pemuraahhh
Quote wirazam 4-12-2023 03:12 PM
Edited by wirazam at 4-12-2023 03:15 PM
airmineral replied at 4-12-2023 03:07 PM
pemilihan kerja pun main kan peranan sbb pengasuh mahal ya
kalau boleh kerja dari rumah, usahakanlah ...


Masa nak kawin Tu cari yg stabil ekonominya ye..bukannya main sauk je sapa yg masuk minang...kalau nak sgt kawin dgn laki yg keje takat 1500 tuh..boleh je tapi ko jgn nak merintih sana sini
Quote zjen 4-12-2023 03:18 PM
sedih iols baca,  kalu zaman 80 an income 1500 ringgit nilai tu begitu besar

sepatut nye jangan ada anak dulu,   laki beli la kondom ke pape  ....  kang ni kene amik iktibar la,  jangan lagi tambah anak
Quote zjen 4-12-2023 03:41 PM
tanak tengok nilai ringgit asik jatuh,   kalu lenkali 10K pon kene ikat perut caner nak hidup,  takan la nak harapkan diri jgn panjang umur

org politik Melayu tak kira parti mana satu,  tolong la bila jadi kerajaan,  dlm kabinet menteri yg berkait dgn bisnes kasi kat MCA atau org Cina parti gerakan,    pasal dorg baru ada bakat

contoh nye ... menteri ekonomi, menteri pertanian,  menteri usahawan, menteri perdagangan  ....  kecuali menteri kewangan elok still kasi Melayu yg pegang,   kot takut nanti kuasa ketuanan Melayu hilang

ketuanan Melayu tu penting tapi jangan la asik buat nilai ringgit jatuh .... mana nak letak muka org Melayu bila berdepan dgn org Singapura

kalu PAS ingin kasi menteri yg kait dgn bisnes kat MCA atau Gerakan,   iols ingin undi PAS

Quote cutieslilies 4-12-2023 03:46 PM
paling senang jagalah anak org..jgn tamak haloba.. jaga 1 org ja pun bolehlaa buat tambah2..

jaga penuh kasih sayang..insyaallah rezeki murah buat baik pada budak2...

ingat pencen nanti insyaallah nak keje cuci2 masjid lah.. sesambil boleh muhasabah diri...
Quote isseliparjepun 4-12-2023 04:00 PM
Semoga dipermudahkan urusan. Perit hidup la ni. Tapi kalau macam ni, boleh dah dapat bantuan sara hidup kan.
Quote Sazreena 4-12-2023 04:22 PM
Apa kata wife tu pun ambik upah baby sit..sambil jaga anak sendiri ada gak income. Drpd ko nak jual makanan, untung tak seberapa..penat je lebih. Unless ko dah ada regular customer..tu lain ceta.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.175147 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top