CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beruk Jantan Bersiong Siat Budak 4 Tahun, Kulit Lengan Dan Belakangnya Terkoyak

4-12-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8479| Komen: 7

GUA MUSANG –Dalam kejadian di Kampung Meranto, seorang budak lelaki cedera apabila diserang seekor beruk jantan semasa bermain basikal hingga menyebabkan kulit lengan dan belakangnya terkoyak.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari 20 November lalu itu berlaku apabila Mohamad Alif Zahiruddin Mohamad Zainuddin, 4, di­serang kira-kira 20 meter dari kawasan rumahnya.

Ibunya, Samsuri Ramli, 28, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah sebelum dikejutkan dengan suara anak sulungnya yang berteriak dengan kuat.

Foto: Kosmo

Katanya, dia bergegas keluar rumah dan tergamam apabila melihat Mohamad Alif yang tidak berbaju berlumuran darah.

“Anak saya ketakutan dan menangis. Saya melihat kulit lengan kiri dan belakang badan Mohamad Alif sudah terkoyak.

“Jiran kami sempat melihat beruk hutan yang melarikan diri ke belakang rumah selepas melihat anak saya berlumuran darah,” katanya.


Menurut Samsuri, dia segera membawa anak ke Hospital Gua Musang sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk rawatan susulan.

Katanya, Mohamad Alif mene­rima rawatan selama dua hari di HSIP dan tujuh hari di Hospital Gua Musang selain akan menerima rawatan susulan pada Selasa ini.

Terdahulu, Mohamad Alif dizia­rahi Ketua Peneroka Kampung Meranto, Mohamed Khalid Sulaiman yang turut menyerahkan sumbangan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Zainuddin Yusuf, 30, berkata, haiwan liar itu sudah lama berada di kawasan itu tetapi ia tidak pernah mengganggu penduduk di kawasan itu sebelum ini.

Katanya, penduduk kini bimbang sekiranya perkara sama berlaku terhadap kanak-kanak lain yang bermain di kawasan kampung.

“Kami sudah membuat laporan kepada Perhilitan dan difahamkan mereka sudah datang ke sini, namun tidak pasti mereka sudah mengambil tindakan atau sebaliknya.

“Saya harap perkara yang sama tidak berlaku terhadap kanak-kanak lain. Penduduk masih trauma melihat haiwan liar itu berkeliaran di kawasan kampung terbabit,” katanya.

Mohamad Zainuddin memberitahu, beruk itu mungkin datang dari kawasan hutan yang terletak berhampiran kampung dan keluar untuk mencari makanan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahriman 4-12-2023 12:43 PM
Aku paling risau klau manusia kene gigit dngn hewan liar.tkut ade rabies.klau dh bersimptom,teknologi kesihatan zaman skrang pon tak berkesan nak merawat penyakit ni.
Quote mejaputih 4-12-2023 12:45 PM
Ahriman replied at 4-12-2023 12:43 PM
Aku paling risau klau manusia kene gigit dngn hewan liar.tkut ade rabies.klau dh bersimptom,teknolog ...

Kalau suntik awal2 ok ke?
Quote Supersirap 4-12-2023 12:46 PM
Bahaya haiwan monyet ni, semoga ada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini
Quote sekngucing 4-12-2023 03:43 PM
cakap beruk...yg gambar pulak monyet
takat monyet tu kau ambik dan selam dalam air jaa
Quote I.K.A888990 6-12-2023 02:00 PM
harap cepat2 la pihak perhilitan buat tindakan
Quote _blackbird 6-12-2023 04:38 PM
pak lah pakar cabut gigi beruk [youtube]hD3fkGYcxGI[/youtube]

Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 12:14 AM

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071816 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top