CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Razak Nak Sambung PhD Dalam Penjara

1-12-2023 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8999| Komen: 36

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yang sedang meringkuk dalam penjara sedang memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Perkembangan itu diceritakan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika melawat bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman di Penjara Kajang.



Foto: Harian Metro

"Hampir setiap minggu (saya melawat Najib) dan kadangkala dua minggu sekali. Esok (semalam) saya akan jumpa dia lagi.

"Tetapi dalam mahkamah memang kita ada bertemu setiap kali. Kadangkala saya juga cuba duduk bersama untuk makan tengah hari dengan dia supaya boleh bersembang.

"Dia sekarang sedang membuat permohonan untuk buat PhD. Saya fikir dia sudah pun mula melakukan beberapa penulisan berkenaan PhD. Saya gembira fikirannya tidak terbiar," katanya ketika menjadi panel dalam rakaman program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube pagi tadi.


Rancangan yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan dirakam pada Rabu lalu.

Ditanya Khairy bagaimana bekas Perdana Menteri itu  memperoleh sumber bacaan untuk membantu urusan pengajian, Muhammad Shafee berkata ia dikirimkan sendiri oleh pembantunya dan perlu melalui tapisan pegawai penjara terlebih dahulu.

"Saya rasa bahan (bacaan) itu daripada pembantunya yang boleh melawatnya dan bawah buku untuk dia baca. Kena ada tapisan (untuk bawa masuk buku dalam penjara)," katanya.

Mengulas dakwaan Najib tidak menjalani hukuman dalam penjara, Muhammad Shafee menafikan tuduhan itu.

Katanya, Najib sebenarnya ditempatkan di sel penjara yang lebih selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Dia dalam penjara. Penjara yang biasa. Tetapi atas isu keselamatan, dia diasingkan. Sebab kalau dia bersama-sama dengan orang lain, apa saja boleh berlaku bukan?," katanya.

Pada 31 Mac lepas, Najib, 70, gagal dalam usaha terakhirnya untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International dan kini sedang menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 1-12-2023 05:46 PM
PhD in apa tu latukkk?

kepo nak tawu
Quote ultra78 1-12-2023 05:47 PM
Ini video penuh berkenaan al-tantuya. Boleh skip ke part yg korang minat

[youtube]sVmkILN2jJA[/youtube]
Quote mojarean_X 1-12-2023 05:53 PM
I LOVE NAJIB....SEMOGA PANJANG UMUR, SIHAT DAN MURAH REZEKI
Quote Decaffeinated 1-12-2023 06:14 PM
First degree dia apa?
Quote sayawifenikmie 1-12-2023 06:29 PM

..... eonomi
Quote Decaffeinated 1-12-2023 06:43 PM
sayawifenikmie replied at 1-12-2023 06:29 PM
..... eonomi

Oh... patut lah terer buat duit
Quote sharlenetexas 1-12-2023 06:45 PM
Bakalan dr jib


Quote Suchi 1-12-2023 07:38 PM
Ok la drpd biarkan fikiran dia terbiar(pinjam ayat loyer dia)

Kat penjara byk masa dan kurang gangguan.
Quote zorrro_03 1-12-2023 08:54 PM
Dsn mangsa musuh politik.  Komplot terancang yg sgt rumit selama lebih 15 tahun.  
Quote Nurdianah 1-12-2023 10:47 PM

Quote linb 1-12-2023 11:20 PM
Hebatnya sampai ke PhD
Quote tumpanglalu74 1-12-2023 11:22 PM
Azilah pekabar?
Quote adiwarna 1-12-2023 11:35 PM
Walaupun DSNR ke dalam, projek super dia tetap jalannn, TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) ECRL MERDEKA 118 LRT/MRT ERL GEMAS-JB, semua tu akan menaikkan nama negara seantero Asia dan juga dunia....mcm tu jer rakyat jatuhkan dia sbb termakan hasutan Atok Saka and the gang, TRX tu kemain satu malaya dok kutuk especially sepet ejen dajal red bean army, tapi masa opening, bangsa tu laaaa yg tertebeng2, selfie sana sini bangga semacam.....
Quote krustykrab 1-12-2023 11:37 PM
adiwarna replied at 1-12-2023 11:35 PM
Walaupun DSNR ke dalam, projek super dia tetap jalannn, TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) ECRL MERDEKA 118 LR ...

Opkos la kena jalan..gila ko nk stop, sapo lak nk bg pampsan kt kontraktor semua.
Bukan nya bijan guna duit tabung dia dgn bini utk projek2 tu.
Quote juboqhang 2-12-2023 12:46 AM
Edited by juboqhang at 2-12-2023 12:49 AM
adiwarna replied at 1-12-2023 11:35 PM

[quote]KUALA LUMPUR: The government has to pay off a US$3 billion loan taken by 1MDB to fund the Tun Razak Exchange (TRX) project, a former senior official in the finance ministry told the High Court in Najib Razak’s 1MDB trial.

Siti Zauyah Mohd Desa, the Treasury’s former deputy secretary-general, said the government served as the guarantor for the loan.

Tak puas ke kena kencing...basah kuyup?
KUALA LUMPUR: The government has to pay off a US$3 billion loan taken by 1MDB to fund the Tun Razak Exchange (TRX) project, a former senior official in the finance ministry told the High Court in Najib Razak’s 1MDB trial.

Siti Zauyah Mohd Desa, the Treasury’s former deputy secretary-general, said the government served as the guarantor for the loan.


“The prime minister signed a letter of support in 2013 for this loan. 1MDB has failed to repay this US$3 billion as stated under the loan’s terms,” she said.

The court heard that 1MDB entered into a joint venture with Aabar Investment PJS in 2012 to develop TRX. Goldman Sachs helped 1MDB raise the US$3 billion through bonds.

The prosecution contended that part of the US$3 billion, or US$681 million, was transferred to Najib’s bank accounts between March 21 and April 10, 2013.




Quote Supersirap 2-12-2023 08:08 AM
Menuntut ilmu tidak mengira usia
Quote Manusiabesa 2-12-2023 11:36 AM
Phd lak dlm bidang apa? Aku lyn muvie tamil.dlm pnjara smbung course law. Utk kgunaan bila kuar lokap dia bukak kes, jd lawyer utk bela diri sndiri.... bosan gila la kan dduk dlm tu. Kita pkp skjp hritu pun dh xtentu arah kena kurung dlm umh masing2.
Quote nusaraya 2-12-2023 01:37 PM
mojarean_X replied at 1-12-2023 05:53 PM
I LOVE NAJIB....SEMOGA PANJANG UMUR, SIHAT DAN MURAH REZEKI

Baguslah itu ... Jika Najib nak mahu transform diri dari seorang koruptor ke ulama yang mengajarkan kebaikan, kejujuran etc etc kepada umah islam di Malaysia ... bukankah lebih baik jika mantan koruptor berubah menjadi ulama dibandingkan dengan mantan ulama berubah menjadi koruptor ketika beralih menjadi ahli parti politik ... Hehehehe
Quote green~tea 2-12-2023 02:24 PM
Bagus lah.. time for healing and self enrichment

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035183 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top