CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Saman Jika Pasangan Anda Curang! Perbualan Whatsapp Dan Resit Hotel Boleh Jadi Bahan Bukti

1-12-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12926| Komen: 15

PETALING JAYA – Tindakan saman undang-undang boleh diambil jika berdepan dengan situasi pasangan yang curang.

Seorang peguam dikenali sebagai Lawyer Gandhi berkata, selain suami, tindakan saman ini juga terpakai jika ada isteri yang curang.




“Bagi yang beragama Islam, tindakan saman boleh diambil terhadap pasangan yang didapati curang dengan membuat laporan bersama bukti yang mencukupi untuk dihantar ke pejabat agama.

“Bagi yang bukan beragama Islam pula, tindakan kepada pihak yang telah merosakkan rumah tangga boleh diambil sama-sama dengan pemfailan petisyen penceraian,” jelasnya.



Tambahnya, perbualan di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan dengan jelas bahawa pasangan dengan telah tidur dengan orang lain juga boleh dijadikan sebagai salah satu bukti.


“Antara bukti kukuh yang lain adalah seperti sijil atau gambar pasangan anda telah berkahwin di luar negara, resit masuk ke dalam hotel dan jika pasangan anda telah menerima anak dengan orang yang ketiga,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 1-12-2023 03:23 PM
definasi curang bagi lelaki yg sudah berkahwin bagaimana ye? seorg isteri mungkin menuduh suaminya curang tetapi klu si suaminya mmg ada niat nak nikah sorang lagi xkan nak tuduh curang.
Quote Dovahkiin 1-12-2023 03:34 PM
Lelaki beragama Islam takde istilah curang. Melainkan ada sign prenup mengatakan x boleh tambah bini dan juga kalau berzina bole dakwa di mahkamah syariah.
Quote krustykrab 1-12-2023 03:39 PM
Curang la kot kalau nak bela bini yg sorg tu pun tercungap2,  bini kna usaha cari pendapatan nk tanggung rumahtangga. Ada niat nak kawin konon..puihhhh
Quote dua_chzy 1-12-2023 04:01 PM
Ni mahkamah sivil ja kan?
Quote prettyuglybabe 1-12-2023 04:58 PM
maknanya saman pasangan sendiri la kan bukan pihak ketiga..
nak saman pihak ketiga pun bukan senang..
dah kalau pasangan sendiri gatal menghela nak buktikan apa pihak ketiga yang kacau rumahtangga u..
melainkan pasangan u tak layan tapi pihak ketiga yang tak habis mengganggu..
Quote Decaffeinated 1-12-2023 06:36 PM
Seperti biasa acik2 bagi soalan yang dah dijawab dalam artikel. Sabar je lah.
Quote _blackbird 1-12-2023 06:55 PM
Mansuhkan je lah undang2 kahwin syariah. Semua berkaitan kahwin cerai pakai civil je. Semua bangsa agama kena monogamy. Akad nikah je ikut agama masing2. Happy wife happy life ahhgittewww
Quote pocongkiutss 1-12-2023 07:00 PM
pokokmeranti replied at 1-12-2023 03:23 PM
definasi curang bagi lelaki yg sudah berkahwin bagaimana ye? seorg isteri mungkin menuduh suaminya c ...

Niat je tp pegi check in hotel..keluar berdua sana sini..belanja skandal tp bini dilempang..kepala hangguk la.. menunggang agama tu namanya

Quote pocongkiutss 1-12-2023 07:02 PM
Dovahkiin replied at 1-12-2023 03:34 PM
Lelaki beragama Islam takde istilah curang. Melainkan ada sign prenup mengatakan x boleh tambah bini ...

Kalau lum kawin dh check in bagai tu.. apa kejadahnya nk menunggang poligami
Quote annehuda 1-12-2023 07:17 PM
Memang ada dalam undang-undang sivil akta mcm ni. Tak silap aku dulu ada artis non-muslim guna akta ni saman pakwe wife die ke
Quote msdummy.2018 1-12-2023 08:18 PM
Ada ker yang nk saman laki sndr? Dah terang2 laki tuh menggatal sbuk nk slhkan penyondol.
Quote LadyCarefree 2-12-2023 12:19 AM
Nabelah kerut dahi garu kepala alep
Quote b^lady 2-12-2023 08:23 AM
Klu suami curang dgn isteri org layak la disaman kedua2..klu curang dgn anak dara mmg nak tmbh lg 1..ada hati nak tmbh 1 sedangkn nak tanggung anak bini pun berkira
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 12:18 AM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:49 PM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.036710 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top