CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen Pelik Digelar Playboy

1-12-2023 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18255| Komen: 16

Meerqeen hairan apabila digelar ‘playboy’ hanya disebabkan kerap digandingkan dengan aktres berbeza dalam setiap naskhah lakonan mahupun projek kempen jenama produk.

Sebelum ini dia digosipkan bercinta dengan Ameera Khan biarpun mengakui mereka hanya kawan biasa.


Foto: IG

“Tidak mungkin setiap kali digandingkan dalam sesi fotografi atau memenuhi undangan sesuatu majlis terus kami dicop mempunyai hubungan istimewa.

“Saya tahu batas dalam pergaulan dan perlu menghormati persahabatan saya dengan rakan artis lain.

“Saya jadi serba salah apabila timbul gosip seperti ini,” katanya kepada Kosmo.



Sementara itu, Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu hanya mahu memberikan tumpuan dalam kariernya tanpa perlu melibatkan isu peribadi.

“Saya tidak suka mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjaya.

“Fokus saya sekarang hanya mahu mengukuhkan kerjaya kerana banyak lagi yang belum saya capai sebagai pelakon,” ujarnya.



Kontroversi percintaan Meerqeen bersama Ameera tercetus selepas mereka menghadiri acara sebuah jenama mewah di Paris, Perancis.

Lebih menguatkan spekulasi apabila mereka kelihatan bersama-sama keluar bersiar-siar dan makan sekitar Paris.



Malah, disebabkan itu ramai beranggapan gosip Meerqeen bersama pasangan heroinnya, Anna Jobling akan lenyap selepas ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote electricopop 1-12-2023 11:59 AM
Dek non, dengar kamu memang dari zaman sekolah dah Playboy. X mustahil now dah famous and kaya x melekat kat sorang je. Ader...
Quote noah8670 1-12-2023 06:53 PM
hmmm.. pelakon sekarang mmg takde wow factor ye .. tak memorable
Quote insyi81 1-12-2023 07:26 PM
Byknya thread pasal dia? Lps ni apa pulak.. Meerqeen suka makan sambal petai pulak ke?
Quote 3chanceno 1-12-2023 08:07 PM
noah8670 replied at 1-12-2023 06:53 PM
hmmm.. pelakon sekarang mmg takde wow factor ye .. tak memorable

Betul...entahlah sekarang nak jadi hero/2nd hero tak perlu hensem,  body manly, pandai berlakon....cukup sekadar kontrobesi, PR team yg boleh create issues & gossip2 sampah
Quote heythere123 1-12-2023 09:10 PM
boring lol tiap kali ada tred heols mesti pasal perangai tak semenggah. Buat semak je
Quote gideoncross 3-12-2023 04:12 PM
heythere123 replied at 1-12-2023 09:10 PM
boring lol tiap kali ada tred heols mesti pasal perangai tak semenggah. Buat semak je

Out of topic kjp, kat display photo uol tu BP Rose dgn siapa?
Quote heythere123 3-12-2023 06:57 PM
gideoncross replied at 3-12-2023 04:12 PM
Out of topic kjp, kat display photo uol tu BP Rose dgn siapa?

haha, NCT Jaehyun chuols. Tapi itu gambar edit kaka

anyway cantik & hensem kan keduanya

Quote Anyaa29 3-12-2023 09:53 PM
Dah ko sendiri yg nak org cerita pasal ko kan….sendiri masukkan dlm socmed lepas tu cakap nertizenn pulak yg salah….
Quote LembingDayanti 3-12-2023 10:45 PM
boleh masuk rancangan fakboi island. cer google
Quote gideoncross 10-12-2023 10:47 PM
heythere123 replied at 3-12-2023 06:57 PM
haha, NCT Jaehyun chuols. Tapi itu gambar edit kaka

anyway cantik & hensem kan keduanya

Saspen uol hahahaha, fikir btul2, uol dpt kat mana? Smpurna je
Quote gideoncross 10-12-2023 10:48 PM
LembingDayanti replied at 3-12-2023 10:45 PM
boleh masuk rancangan fakboi island. cer google

Ada iras2 dgn Love Island ke?
Quote heythere123 11-12-2023 12:25 AM
gideoncross replied at 10-12-2023 10:47 PM
Saspen uol hahahaha, fikir btul2, uol dpt kat mana? Smpurna je

iols tahu tu edit sebab iols memang folo tukang edit tu dekat ig/twitter

elok kan hasilnya. Banyak lagi gambar theyols boleh edit, tapi ni for fun je la. Bukan gigih mengeship pon
Quote aireen24 11-12-2023 12:29 AM
Maaf, dik kalau banding ko dgn fattah amin sekarang fattah lagi banyak bertiang timggalkan kai…

Syafiq kyle banyak tiang gak tgglkan kau…


Adalah kita ketandusan aktor yg hensem? Sbb amir ahnaf pun org leh ckp hensem
Quote gideoncross 12-12-2023 10:11 AM
heythere123 replied at 11-12-2023 12:25 AM
iols tahu tu edit sebab iols memang folo tukang edit tu dekat ig/twitter

elok kan hasilnya. Ba ...

Apa username dia tu? For research
Quote gideoncross 12-12-2023 10:13 AM
aireen24 replied at 11-12-2023 12:29 AM
Maaf, dik kalau banding ko dgn fattah amin sekarang fattah lagi banyak bertiang timggalkan kai…

Sy ...

Amir Ahnaf msani panas kat Twitter psl scene lakonan dia mcm kena blowjob dri bwh meja
Quote heythere123 12-12-2023 11:09 AM
gideoncross replied at 12-12-2023 10:11 AM
Apa username dia tu? For research

@amoureveur on ig.

sori iols baru check editor tu takde twitter. Memang on ig sajork.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035844 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top