Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah. Sarah memaklumkan kali ini dia mengerjakan Umrah seorang diri buat kali pertama dengan agensi pelancongan yang dipilih.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet ialah ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail berkongsi semula hantaran Sarah di Instagram Storiesnya dengan meninggalkan sebuah pesanan ringkas. Patimah berpesan kepada menantu kesayangannya itu untuk berdoa dikurniakan jodoh yang terbaik buat dirinya. “Berdoalah untuk jodoh yang terbaik,” tulisnya sebagai kapsyen. Untuk rekod, Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 namun sah bercerai pada 14 Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4. Namun begitu, kini Sarah dilihat rapat dengan seorang pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil. -CARI Sumber: XTRA
|
jemahjacjon replied at 30-11-2023 07:52 PM
Pegi umrah mcm balik kg haaa
Lily_Elizabeth_ replied at 30-11-2023 11:45 PM
Bestnya bnyk duit. Berkali2 dapat pergi.
Tetiba I rasa down.
cempakaa replied at 30-11-2023 11:18 PM
Rezeki dapat buat umrah mcm balik kampung. Seronoknya
putericahaya999 replied at 30-11-2023 07:48 PM
Semoga terus berjodohan dgn lelaki soleh yg mampu syg ps
stingergrumpy replied at 1-12-2023 06:17 AM
Jgn jadi manusia yg kufuri akan nikmat Tuhan....NAUZUBILLAH.
Bersyukurler pada apa yg ada ....to ...
Lily_Elizabeth_ replied at 1-12-2023 08:03 AM
Thanks atas Tazkirah. Betullah tu apa you cakap kan tu.
Selamat Hari Jumaat dear.
stingergrumpy replied at 1-12-2023 06:21 AM
Harap harap disana nanti...during breakfast...takdanyer dia smuggle serta seal fries dlm tisu...ut ...
lasagna replied at 1-12-2023 09:57 AM
panjang sungguh rezki sheol ni.. alhamdulillah.
ADVERTISEMENT