CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Boleh Ke Saya Terima Kalau Isteri, Chempaka Nak Ada Boyfriend?"-Azhar Sulaiman Menyampah Lelaki Bangga Poligami

29-11-2023 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6528| Komen: 32

Azhar Sulaiman berpendapat isu berkahwin dua sehingga menjadi tular sebagai hal yang tidak baik untuk dipertontonkan.

Kaum lelaki tidak sepatutnya berasa hebat dengan meletakkan dirinya sebagai ‘mampu’ untuk mendirikan masjid lebih daripada satu.


Foto: IG

“Nak kahwin empat pun gasaklah. Tapi jangan menunjuk yang diri itu berjaya berkahwin dua, empat, lima.

“Saya pernah meletakkan diri saya dalam ‘kasut’ isteri pertama. Oh, boleh ke saya terima? Boleh ke saya terima kalau isteri saya, Chempaka nak ada boyfriend? Boleh terima ke?” katanya kepada Gempak.



Azhar mengulas mengenai insiden melibatkan pempengaruh Alif Teega yang mengumumkan mengenai pernikahan keduanya baru-baru ini.

Tambahnya sungguhpun dia merupakan lelaki tulen dan tidak menolak jodoh untuk bernikah lain, namun, dia masih berpegang pada prinsip yang berkahwin banyak tidak perlu diangkat sebagai satu kejayaan.



“As much as saya lelaki tulen, saya tidak tolak jodoh kahwin dua atau tiga, kita tidak sepatutnya angkat kejayaan berkahwin banyak.



“Apa perasaan isteri pertama, kedua, ketiga? Kita tak pernah tahu ke? Mereka (isteri) sebab nak patuh dengan suami dan nak masuk syurga… tapi kesian. Saya rasa hal ini tidak patut dipertontonkan… ia tidak bagus untuk masyarakat,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 29-11-2023 11:02 AM
Smlm akak tanya laki akak berdosa tak kalau isteri tolak poligami .yela dah ada topik kat CI tu setazah Asma tu. Laki aku jawab apa punya soalan ni. Dia mmg x berkenan bab2 laki bini curang ni. Tp dia jawab jugak. Katanya x berdosa kalau isteri tolak. Dah x nak , x nak la katanya . X payah poligami katanya.
Quote BoongaKertas 29-11-2023 11:12 AM
noor2 replied at 29-11-2023 03:02 AM
Smlm akak tanya laki akak berdosa tak kalau isteri tolak poligami .yela dah ada topik kat CI tu seta ...

alhamdulillah baik laki akak. moga yg baik2 jer dlm marriage akak ya. amin amin!
Quote likilu 29-11-2023 11:29 AM
Maksudnya sekarang takde la ye?

Azhar suleiman kena belajar berdikari, ada income n kumpul harta sendiri jugak in case jadi apa apa kena pindah keluar dr rumah agam dgn anak anak ada la back up plan kan.

Quote A-Are 29-11-2023 11:33 AM
likilu replied at 29-11-2023 11:29 AM
Maksudnya sekarang takde la ye?

Azhar suleiman kena belajar berdikari, ada income n kumpul harta se ...

tersembur rasa membaca statement yini
Quote mamajawie 29-11-2023 12:02 PM
makin kecut mami kalau kak chem nak minta putus..
Quote Suchi 29-11-2023 12:04 PM
Rajin tul dia ni jd netizen ulas isu semasa
Quote Nizleen86 29-11-2023 12:32 PM
Dia ni bosan sgt agaknya eh. Rumah besar dok sorg2 semua busy have their own life tak ajak dia skali. Takde ke producer nak ambik dia berlakon. Kesian
Quote Dolmat 29-11-2023 12:35 PM
Kak Chem kalo mintak putus... MAU TINGGAL TULANG MAMI KECUT BERUT!

Quote bbalik 29-11-2023 02:34 PM
mami nak bg binik bernombo makan apo
makan plan?
Quote apedehal 29-11-2023 02:36 PM
Leona ni cantik cute bg aku zamn2 kurus dulu..pls la kurus balik..muka nmpak pelik sikit bila chubby sgt
Quote I.K.A888990 29-11-2023 03:04 PM
agak2 pokcik ni berani tak berbini dua
tak kira la kayo ke tak bini nya tapi agak2 kecut ke tak dia ni...
Quote ghalibboy 29-11-2023 03:32 PM
Lelaki letak diri di kasut isteri pertama...sebenar lelaki ini tak tau ke, kadang isteri ada ketikanya bosan juga dgn suami...sama juga , isteri juga ada perasaan menyampah, membanding2kan dll. Tetapi si isteri selalunya tak memikirkan tentang kehendak diri sendiri ...fikirkan anak2, sayangkan rumahtangga dll.
Walaupun suami mampu , handsome dan kaya tetapi perempuan pun mempunyai emosi  juga, jaga lah emosi isteri. Bukan cari alasan utk bernikah lain,ikut nafsu
Quote IzzahF 29-11-2023 03:36 PM
noor2 replied at 29-11-2023 11:02 AM
Smlm akak tanya laki akak berdosa tak kalau isteri tolak poligami .yela dah ada topik kat CI tu seta ...

iya mmg tak dosa pun tolak poligamy ni cuols. poligamy dorang gebang2 sunnah. monogamy pun sunnah. nabi penah je monogamy masa 1st wife hidup lg. 1st wife tak merasa polygamy takkan masuk nuraka pulak kan? tetap jd yg terbaik
Quote ezacbee 29-11-2023 03:59 PM
Mami ni kena rajin pegi gym kasi kekar badan tu. Ni cam jerangkung dah. Esma pun hensem lagi. Walaupun masa muda mami lg hensem.

Quote Tunakimchi 29-11-2023 04:41 PM
Lelaki kalau nak poligami cuba bayangkan bini u seks dgn lelaki lain. Boleh terima ke??? Mmg tak la kan.
Quote cheada89 29-11-2023 04:47 PM
pompuan kalau ada chance nak berpoligami, cayalah laki tu tahap tertinggi cemburunya kalah pompuan wehhh. betul kata mami ni, laki cer letakkan diri dalam kasut bini pertama apa perasaan kena madu. senyap2 plak tu. aisyah tu luaran je nampak kuat, redha terima jer tapi dalam hati abis remuk redam dah. tolonglah org laki, nak berpoligami tu ikut sunnah nabi , cari janda or perempuan susah niat untuk membantu, bukan cari muda bergetah seksi meksi semua.tu nak puaskan nafsu je.
Quote LadyCarefree 29-11-2023 05:10 PM
likilu replied at 29-11-2023 10:29 AM
Maksudnya sekarang takde la ye?

Azhar suleiman kena belajar berdikari, ada income n kumpul harta se ...

Lawaknya nasihat ni. Hang ingat azhar tu tibaiunta dan tak pass SPM?
Quote LadyCarefree 29-11-2023 05:11 PM
Nizleen86 replied at 29-11-2023 11:32 AM
Dia ni bosan sgt agaknya eh. Rumah besar dok sorg2 semua busy have their own life tak ajak dia skali ...

iols stalk IG dia nampak ada je job berlakon dia. Job as architect pun ada sampai Indo sana orang hire dia.
Quote kalchi 29-11-2023 05:41 PM
Betul apa dia cakap. Itula kelebihan mami sbb dia loyal kpd bini dia wlpn bini dia serabai. Bkn jgk sbb chempaka tu kaya. Tapi sbb dia tau bepoligami tu hanya buat dia lagi sakit kepala. Wt apa cari mslh.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057667 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top